ONG SEONG WU jumpa peminat Malaysia

DEMAM KPop masih hangat di negara  ini, jadi itu antara sebab mengapa bintang popular Ong Seong Wu teruja untuk hadir  ke  Kuala Lumpur bulan depan.

“Bekas anggota Wanna One ini akan menjayakan Ong Seong Wu First Meeting In Malaysia (Eternity)  pada 23 Mac 2019 ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

“Peminat peminat yang nak bertemu dengannya dan menyaksikan persembahannya boleh membeli tiket antara RM230 hingga RM580 menerusi https://airasiaredtix.com/

“Ini ialah acara jelajah pertama secara solo ke negara ini yang dipanggil Eternity anjuran Hatchery di Bangkok untuk  penyanyi dan pelakon 23 tahun ini bertemu dekat dengan peminat peminatnya di luar Korea,” kata Goh Yoke Leng wakil agensi pertunjukannya di sini.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!