NASIONALFM BERWAJAH BAHARU

Lebih tujuh dekad bersiaran menakluk hati pendengar, NASIONALfm Sentiasa Di Hati berwajah baharu dengan pelbagai pengisian yang mampu memenuhi kehendak pendengar. Justeru berlangsung majlis memperkenalkan wajah baharu NASIONALfm di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Merupakan radio tonggak RTM, sematang tempohnya bersiaran selama 73 tahun, wajah baharu ini perlu bagi memastikan pendengar terus melekat dan setia bersama NASIONALfm seiring dengan pengisian yang disalurkan.

NASIONALfm adalah sejarah yang tak mungkin dilupakan, NASIONALfm adalah lambang kemajuan bidang penyiaran, matang mengikut peredaran, dan kekal sentiasa di hati.

Kehebatan dengan 14 frekuensi utama, 30 frekuensi di seluruh negara dan capaian melalui aplikasi RTM Mobile, Astro 869 serta saluran 701 MY Freeview, bersiaran 24 jam tanpa henti dan terus memberikan informasi berkaitan agenda nasional dan perpaduan dengan penekanan kepada informasi berita, negara bangsa, agama dan nilai-nilai murni, kekeluargaan, industri kreatif, sukan dan juga program khidmat masyarakat.

Jajaran tonggak utama yang diperkenalkan adalah GrandStand@Nasional penekanan kepada MOJO (Mobile Journalist) untuk lapor terus bagi seluruh negeri.

GrandStand@Nasional Khas diwujudkan sempena dengan agenda nasional seperti Parlimen, belanjawan, pertabalan, pilihan raya, bencana, kemangkatan atau sebagainya. Nasional Xpress diperkenalkan dengan format lagu muzik tanpa henti selama satu jam bagi setiap segmen. NASIONALfm juga satu-satunya stesen radio yang menyiarkan informasi dan berita setiap jam menerusi medium Berita Nasional, Berita Dunia dan Berita Ringkas.

 

Kandungan tonggak seterusnya diperkenalkan adalah Spektrum, penekanan kepada belia, remaja, wanita dan kanak-kanak dengan konsep penjelasan isu-isu semasa serta penerbitan dokumentari radio, majalah, bual bicara dan drama radio. Carta Pujaan 10 diperkenalkan semula dengan nafas baharu, sebanyak 40 buah lagu terbaik mingguan diundi dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis. Kandungan Tonggak seterusnya adalah agama dan nilai-nilai murni dengan penekanan kepada rancangan Hijrah, Yang Arif Kan Ada (YAKA) dan Halawatul Quran.

Barisan penyampai yang mantap untuk tahun 2019 mengukuhkan lagi jenama NASIONALfm Sentiasa Di Hati dengan sasaran audien bermula usia 18 hingga 50 tahun, di samping lagu-lagu hits kontemporari dari tahun 1980an hingga terkini.

 

16 penyampai NASIONALfm iaitu Odey Petra, Sonic, Kroll, Ewan, Khai Arba, Aliff, Yuyue Nurul, Nadia, Dyan, Ashila, Ranie, Lynn Zainol, Wawa, Mala, Dyya Nawai dan Aida Gia.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!