Nasihat DATUK JAMAL ABDILLAH untuk OSAMA

Penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah akui tidak pernah menghalang malah menyokong anaknya, Osama Yamani bergelar anak seni.

Pun begitu, penyanyi lagu Seniman Menangis ini mahu anaknya berusaha dan tidak bergantung padanya.

“Saya nampak bakat yang ada pada dirinya. Tapi dia perlu tahu nak jadi anak seni ni bukan senang.

“Saya menyokong penuh keinginannya untuk menjadi seorang penyanyi. Tapi saya tak akan bagi jalan mudah untuknya walaupun dia anak saya.

“Kalau terlalu kerap dibantu, ia akan jadi mudah dan dia tidak akan belajar apa-apa,” kata Jamal. 

Ikuti video temubual URTV bersama Datuk Jamal yang bakal muncul dalam Konsert 3 Suara bersama Zamani dan Ameng pada 6 April 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!