Nak jadi kekasih HAFIZ ZAINAL?  Tak boleh mekap tebal!

Tentu ramai gadis di luar sana jatuh hati dengan penyanyi baru Hafiz Zainal kan? Orangnya tinggi, hidung pun mancung dan budi bahasa pun bagus. Sesuai dijadikan calon suami gitu…

Untuk jadi kekasih Hafiz Zainal,25,  ni, ada syarat-syaratnya tau. Apakah syaratnya ya?

Cerita Hafiz Zainal yang popular dengan lagu Percaya Kasihmu, “buat masa ini saya masih solo tanpa kekasih. Bukan tak mahu, cuma saya lebih selesa untuk fokus kerjaya terlebih dahulu.

“Tiba masanya nanti, saya mahukan kekasih yang  tidak suka mekap tebal-tebal, sebaliknya lebih bersederhana dalam mencantikkan diri. Kalau boleh biarlah terserlah kecantikan semula jadi yang ada padanya.

“Bila sebut pasal cantik, ia bukanlah merujuk wajah semata-mata. Apa yang lebih penting adalah hatinya ‘cantik’. Rasanya, semua lelaki mahukan kekasih seperti ini.

“Selain itu, saya impikan kekasih usia lebih muda, berpelajaran tinggi, menghormati orang tua dan  pandai masak itu wajib tau. Hehe…”

Begitulah cerita Hafiz Zainal yang sedang mempromosi lagunya Percaya Kasihmu ciptaan  Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Zimi Sofazr.

Hafiz Zainal semakin dikenali selepas memenangi tempat ketiga dan persembahan terbaik dalam Pertandingan Akhir Bintang RTM 2018 baru-baru ini.

Sebelum ini, Hafiz pernah memenangi anugerah utama dalam kategori Sosial Media Nova di Anugerah Planet Muzik 2013.

Biodata
Nama penuh: Muhammad Hafiz Zainal
Nama komersial: Hafiz Zainal
Umur: 25 Tahun
Asal: Johor Bahru
Tinggi: 178cm
Berat: 66kg
Idola: Yuna
Makanan Kegemaran: Udang Sambal
Minuman Kegemaran: Kopi o
Kenangan Manis: Apabila tamat pengajian dalam ijazah doktor pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Foto: Instagram @drhafizzainal

Ruang komen
Deel Anjer
News Reporter