Nafi ambil VSS, PAK NIL lepas jawatan di Astro

Pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi menafikan khabar angin bahawa dia mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan pihak Astro kepada pekerjanya tahun lalu.

Sebaliknya, Aznil atau mesra disapa Pak Nil memberitahu dia telah melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat On Air Astro yang disandang secara tetap sejak 1 Oktober 2015 pada 1 Disember lalu. 

“Saya sendiri membuat permintaan untuk meninggalkan Astro kerana ingin membuka kelas pengacaraan dan pengucapan awam. Dah lama niat dan rancang.

“Saya ingin adakan kelas bergerak seluruh negara. Saya lihat orang menggunakan digital platform untuk berniaga dan kebolehan untuk bercakap depan kamera dan public speaking satu bisnes yang menjadi permintaan tinggi.

“Jawatan saya sebagai Naib Presiden tiada tawaran VSS, jadi saya ambil keputusan untuk lepaskan jawatan demi impian saya itu.

“Bila saya beritahu pihak Astro, mereka terima dengan syarat saya masih lagi berkhidmat sebagai pengacara dan tenaga pengajar bakat On Air,” kata Pak Nil ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti Mikrofon Impian pada Isnin.

Pak Nil bakal muncul sebagai pengacara dalam program realiti terbaharu terbitan Astro, Mikrofon Impian yang akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) bermula 17 Februari 2019 setiap Ahad pada pukul 9.00 malam.

Foto; Nooreeza Hashim

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!