NABIL BERPESAN JANGAN BERLAGAK DAN JUAL MAHAL

PELAWAK, pelakon dan pengacara bertaraf antarabangsa, NABIL AHMAD menegur pelakon sombong dan demanding melampau dengan tawaran menyanyi.

“Kadangkala mungkin pelakon tak dapat melayan peminat disebabkan kesuntukan masa untuk berkejar ke tempat lain kerana urusan kerja, dalam hal ini, harap peminat maklum dan faham,”katanya.

Namun selebriti  popular  yang  pernah mendapat anugerah peringkat Asia dalam bidang  pengacaraan tahun lepas,  turut terkejut andai benar berlaku kes pelakon lelaki popular `jual mahal’ tak mahu melayan peminat berusia ke lokasi yang menunggunya di lokasi..

Hinggakan ada orang dalam industri  yang melihat suasana ini, berasa sedih terkilan dengan tindakan pelakon  yang dilihat seakan angkuh.

Dalam masa yang sama, Nabil turut menasihati  golongan artis agar tak menyempitkan rezeki kerana tindakan diri sendiri.  Menyedari dirinya bekas budak pejabat  pernah hidup dengan pendapatan bulanan serendah RM600 Nabil  bersyukur dengan rezeki melimpah ruah diterimanya hari ini.

Jom ikuti  wawancara eksklusif  dengan Nabil Ahmad  untuk URTV…tentang artis berlagak, letak harga tinggi dan tak terkecuali juga pengakuannya yang `tak senang duduk’ apabila setiap kali namanya tercalon untuk Anugerah Meletop ERA (AME).

Dan itulah sebabnya mengapa Nabil Ahmad memohon jasa baik Astro dan penganjur AME 2019, memahami mengapa beliau bersama-sama rakan hos program itu, Neelofa, tidak mahu disenaraikan antara bintang-bintang popular pilihan peminat untuk majlis anugerah kesukaan ramai itu.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!