Muzik video Peneman dedikasi khas Hazama buat Allahyarham Kelly

Penyanyi popular, Hazama kini muncul dengan muzik video rasmi single terbaharu beliau berjudul Peneman yang juga merupakan lagu tema drama bersiri Asalkan Dia Bahagia di TV3 yang sudah tamat siarannya pada 16 April lalu.

Dalam video muzik rasmi lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer terkenal Tam (Spider, Hazama sekali lagi menggunakan khidmat Irwan Rauf sebagai pengarah. Sebelum ini, Irwan pernah mengarah muzik video lagu Hazama terdahulu seperti Cinta Teragung, Penglipur Lara, Aku Bukan Dewa dan Malaikat.

Apa yang menarik tentang video muzik rasmi Peneman ini adalah Hazama turut menggunakan ruang visual ini dalam memberikan penghormatannya kepada seorang sahabat yang disifatkannya sebagai salah seorang peneman setianya di atas pentas selama ini.

Dedikasi khas ini dibuat sebagai tanda ingatan buat Allahyarham Wan Kelly Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Kelly yangmenemui Illahi pada 4 Mei lalu. Pemain bes terkenal tanahair ini merupakan salah seorang ahli yang mengganggotai band pengiring Hazama, yang dikenali sebagai The Penglipur Lara.

Lagu Peneman  terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn Bhd. Single boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan iTunes bermula 12 April 2019.

Muzik video rasmi Peneman  boleh mula ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos bermula 25 Jun 2019.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!