Muzik video OBVIOUS – ALIF & SONAONE buat peminat teringat pada TOO PHAT

Penyanyi rap Malaysia, Sonaone dan penyanyi rap Singapura, Alif kini muncul dengan single kolaborasi bersama berjudul Obvius.

Muzik video lagu ciptaan mereka berdua ini sudah pun menemui peminat di saluran Youtube Sony Music Kartel Vevo sejak 25 Oktober lalu.

Menariknya, dalam muzik video arahan Nasri Lian itu, kedua penyanyi rap ini tampil dengan pakaian dan imej yang mengingatkan peminat kepada kumpulan rap popular TooPhat yang dianggotai oleh Joe Flizzow dan Malique suatu ketika dahulu.

Alif dan SonaOne tampil dengan imej dan fesyen yang hampir sama dengan Too Phat dalam muzik video Obvious.

Paling ketara adalah baju kemeja yang dipakai oleh Sonaone yang sama dan pernah dipakai oleh Joe Flizzow semasa Toophat membuat persembahan lagu Anak Ayam di Anugerah Era pada tahun 2001.

SonaOne memakai baju yang sama dengan Joe Flizzow

Pasti peminat setia Too Phat perasan akan penampilan Alif dan SonaOne yang sama seperti Malique dan SonaOne dalam muzik video tersebut.

Lagu Obvius adalah lagu yang mempunyai mesej yang amat positif untuk mereka yang rasa ragu dan kurang keyakinan diri.

“Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini kami sedar bahawa mesej yang terkandung di dalamnya lebih besar dan boleh dikaitkan dengan semua.

“Kadangkala manusia terlalu hiraukan apa yang orang fikirkan tentang mereka dan mereka lupakan apa yang ada di hadapan mata mereka, atau tidak sedar tentang perkara-perkara kecil berkenaan diri mereka yang sebenarnya sangat ketara atau ‘Obvious’ di mata orang lain,” kata Alif dan SonaOne berkenaan konteks lagu itu.

Lagu Obvious boleh didapati secara streaming dan boleh dimuat turun di semua platform digital di https://lnk.to/obvious

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!