MUZIK VIDEO DONDE – ANDI BERNADEE TRENDING NOMBOR 1 DI YOUTUBE MALAYSIA

Muzik video single terbaharu nyanyian Andi Bernadee berjudul Donde berjaya mendapat tempat pertama video paling trending di laman Youtube Malaysia selepas tiga hari dimuat naik.

Lagu yang kini sudah mencecah tontonan lebih 1.5 juta itu telah mendapat perhatian ramai kerana lagunya yang amat menarik dan rancak membuat pendengar ingin menyanyi dan turut menari.

Menurut Andi, dia amat bersyukur terhadap penerimaan single terbaharunya itu.

“Alhamdulillah lagu Donde mendapat sambutan yang sangat baik. Saya terharu dan bersyukur atas sokongan yang diberikan.

“Untuk lagu Donde, saya kembali bekerjasama dengan penyanyi rap dan komposer, Alif yang menghasilkan lagu saya sebelum ini iaitu Satu Peluang.

“Masih mengekalkan konsep yang sama, Donde mengetahkan konsep muzik urban dengan menyuntik elemen muzik latin.

“Konsep muzik ini sesuai dengan diri saya dan saya selesa bergelar penyanyi muzik urban. Pendengar pun dapat menerima muzik jenis ini yang saya bawakan,” ujar Andi.

Tambah Andi, judul Donde adalah bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘di mana’.

“Keputusan memilih judul lagu dalam bahasa Sepanyol adalah kerana sesuai dengan elemen muzik latin di dalam lagu ini,” kata Andi.

Lagu Donde yang diterbitkan oleh Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019 lalu.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!