“Mungkin perpisahan ini adalah jalan terbaik” – BELLA ASTILAH

SUSULAN berita hangat tular internet Aliff Aziz dan gadis didakwa bawah umur, kelmarin, isterinya penyanyi, Bella Astillah,25, membayangkan mungkin tiada jodoh di antara mereka.

Setelah pernah dua kali cuba bertahan apabila suami dikatakan ada hubungan baik dengan  pelakon Afifah Nasir pada 201i  dan kemudian  pelakon Oktovia Manrose anak komposer  terkenal, Iwan awal tahun ini, terbaharu Aliff dikaitkan dengan peminat  yang turut didakwa orang kononnya bawah umur (16 tahun) pula.

“Apa yang saya umum di Instagram adalah keputusan yang telah saya buat. Saya telah mengambil kata putus untuk move on dengan anak kerana mahu Ayden hidup dengan benda yang positif.

“Mungkin perpisahan ini adalah jalan terbaik. Saya minta orang ramai doakan kebahagian saya dan Aliff. Mungkin tak ada jodoh. Saya mahukan yang terbaik untuk Ayden,” antara kata Bella yang memberi komen terhadap situasi rumah tangganya di sebuah stesen radio tempatan pagi tadi.

Bella menjadi buruan media apabila suaminya sekali lagi terjebak dalam masalah yang membuatkan bukan sahaja namanya tercalar tetapi juga menimbulkan rasa marah dalam kalangan peminat beragama Islam dengan perkembangan sensasinya pada bulan yang mulia.

Gambar dimuatkan di internet melihatkan hubungan intim lelaki mirip Aliff itu, jelas menunjukkan kesilapan besar selain tak menghormati bulan puasa juga kecurangan seorang suami, yang mengundang kemarahan ramai, andai itu memang kelibat pelakon berasal dari Singapura ini.

Semoga Aliff  cuba menyelamatkan keadaan atau berdepan kemungkinan permohonan cerai, yang dibayangkan isteri.

Bella juga semalam memohon orang ramai tidak mengirimkan DM atau gambar tak manis Aliff kepadanya bagi menghormati perasaan dan memberi ruang kepadanya untuk bertenang, ketika sedang berada di Kota Kinabalu bersama sama keluarga.

Kedua-dua mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil Muhammad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!