MR TAN HARAP SITI SUDI

MENGEMBALIKAN nostalgia dengan menghimpunkan yang terhebat di satu pentas besar. Pemilik Suria Records Mr Tan Su Loke sudi menganjurkan sebuah konsert dan berharap usaha ini akan mendapat kerjasama kesemua artis menjayakannya  termasuk megastar Malaysia- Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Beliau gembira dengan cadangan URTV agar pihak Suria Records mengadakan sebuah konsert reunion.

“Kita gembira jika dapat bersama-sama menemukan  Datuk Sri Siti Nurhaliza,  Noraniza Idris, Liza Hanim,Anis Suraya,NewBoyz dan ramai lagi yang pernah dan masih bersama-sama syarikat kami dalam satu pentas,” katanya ketika diwawancara Huzz  untuk URTV  baru-baru ini.

Suria Records pernah menggegarkan dunia hiburan tanah air sekitar awal pertengahan 90an dengan mempunyai barisan artis artis popular bersama-sama jualan album yang besar. Malah menjadi pesaing yang `merisaukan’ syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa lain ketika itu.

Jom tonton video temu bual dengan beliau. Selain jasanya dikenang Siti Nurhaliza dan ramai artis tanah air  lain dengan membuka peluang mereka sebagai artis rakaman, Mr Tan dikenali sebagai bos yang prihatin terhadap kaki tangan syarikatnya.

Beliau menjaga baik kebajikan kesemua staf tak pilih kasih tanpa mengira bangsa dan kaum.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!