“Model itu bukan kekasih” – AMIN AZLAN

PENYANYI sensasi pengusaha produk tenaga batin lelaki – Muhammad Amin Azlan, 27, menafikan bakal bertunang dengan seorang artis seksi pada bulan ini.

“Betul saya akan bertunang dalam masa terdekat. Tapi bakal isteri bukan artis. ataupun model,” pengakuannya  kepada URTV Online . Amin turut menafikan  dirinya bercinta dengan gadis `hot’ yang  mempromosikan produk jualannya.

“Saya  bercinta dengan orang biasa sahaja. Insya Allah  lepas tunang, nak kahwin tahun depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Amin tidak menafikan gara-gara berani menayangkan  bentuk  badan (tak berbaju)  dalam video  produk Hang Padu  miliknya di laman sosial, untuk  dirinya jadi  buruan ramai perempuan  termasuk yang berstatus janda.

“Saya  tolak elok-elok keinginan mereka… cakap baik-baik,  dengan yang janda, saya terus terang tak  pandai nak jaga anak orang. Maklum, kahwin janda tentu kena terima  dia sudah punya zuriat perkahwinan lalu.

“Saya lebih senang kahwin sama-sama bujang,”  ceritanya lagi,  yang  tidak suka mempermainkan perasaan orang apatah lagi terhadap ibu tunggal yang pernah dikecewakan perkahwinan lalu.

Amin juga tak berminat meneruskan karier sebagai penyanyi.

“ Setelah enam tahun dah meninggalkan dunia nyanyian saya sibuk dengan kerja sekarang. Saya pun dah tak minat menyanyi lagi.

“Sekarang selesa personal trainer kat gym dan jual produk atas talian. Walaupun produk itu untuk lelaki, saya gembira dapat membantu ramai suami  yang berdepan masalah lemah tenaga batin.

“Ada juga yang mengajak saya jadi  pelakon, main drama  TV tapi saya tak berminat kerana banyak masa diberi tumpuan kepada  bisnes. Kalau menjayakan iklan TV tu, tak ada masalah. Antara ikan TV 0yang dah saya jayakan ialah  untuk produk kesihatan Apeton,” katanya.

Baru-baru ini Amin turut muncul di pentas pertandingan badan cantik Mr Act  Mesotropin 2018.

“Saja suka-suka menyertainya. Itu kali pertama, syukur  dapat tempat kesembilan. Tak serius pun nak serius ikut  kejohanan ni,” katanya yang suka mencantikkan bentuk badan.

“Biar nampak lebih padu,” katanya mengakhiri perbualan.

Semoga Amin ceria menempuh alam pertunangan dan sukses dalam segala usaha diimpikan.

Foto Mr Act Mesotropin Ihsan Amin (oleh Shamsul Aqbary )

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!