MISTER PLANET NATION MALAYSIA 2019, peluang untuk jejaka kacak cebur bidang seni

MEMASUKI edisi keenam penganjurannya, program pencarian bakat Mister Planet Nation Malaysia 2019 (MPM2019) kembali dengan misi untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan jejaka-jejaka tempatan.

Dianjurkan agensi pengurusan bakat Fastyle Asia yang pernah mencorakkan kerjaya beberapa bintang popular, kali ini mereka fokus untuk kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Faslie Subari berkata, pengalaman syarikatnya membentuk karier seni Fattah Amin, Mira Filzah, Sherry Ibrahim dan Randy Pangalila sebelum ini mendorongnya untuk terus membuka ruang kepada wajah-wajah baharu.

“Kami percaya terdapat ramai pemuda di luar sana yang tidak tahu platform sesuai untuk mengetengahkan bakat seni mereka.

“Jadi, inilah peluang terbaik yang perlu direbut tidak kira bakat apa sekali pun sama ada pelakon, penyanyi, pengacara, peragawan dan sebagainya,” jelasnya.

Uji bakat MPM2019 bakal diadakan pada 9 Disember ini di pejabat Fastyle Asia, Level 8, Pavilion KL Bukit Bintang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di laman Instagram dan Facebook @misterplanetnationmalaysia.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!