MISHA saman pemfitnah

PERNAH terkilan difitnah sebagai janda jutawan dan pernah panas jadi bualan dek tulisan pihak tertentu terutama netizen di internet membuatkan penyanyi Misha Omar terguris dan terkilan.

Petang ini satu sidang akhbar akan diadakan oleh penyanyi Sampai Bila yang meraih kemenangan tempat ketiga dan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 33, berkaitan kes fitnah internet.

Misha akan berada di sebuah lokasi di Bangsar bersama sama peguamnya untuk menjelaskan tindakan dan pihak terlibat.

Foto terbaharu Misha Omar dan suami, Juruterbang MAS , Firos Ezzwan Roosly untuk URTV

Jangan fikir boleh tulis, komen dan sesuka hati memperkatakan yang tidak benar tentang sesiapa sahaja, negara kita ada undang undang.

Artis bukan tidak boleh menerima dugaan gosip namun kalau sudah keterlaluan, wajar bertindak.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!