MISHA debar menunggu dua konsert

BUKAN sahaja 5 dan 6 April nanti di Konsert Soul Siters dengan Noryn Aziz dan Siti Sarah tetapi ada satu lagi yang besar melibatkannya secara solo.

Misha Omar pemenang tempat ke tiga dan menerima trofi Vokal Terbaik  Anugerah Juara Lagu ke 33 baru-baru ini, akan sibuk menjalani latihan serius buat kedua-duanya.

Bercakap dengan URTV malam tadi, katanya “Persembahan di Istana Budaya nanti…memang tak sama dengan konsert solo saya di Dewan Filharmonik Ogos depan. Pasti ada kelainan.

“Semua peminat kena datang ke kedua-dua lokasi . Untuk Istana Budaya, saya, Noryn dan Sarah akan membawa banyak lagu irama R&B dan soul secara bergandingan. 

“Ada juga beberapa lagu hits masing-masing akan dibawa.

Konsert anjuran Edd Razhe Entertainment selama dua malam itu juga bagaikan hadiah istimewanya tahun ini.

“Sebelum ni, ketika menonton konsert Tulus di Istana Budaya, Fazli Zainal yang datang sama beritahu, saya patut dah berpeluang menyanyi di situ..tak sangka tahun ni saya dapat tawaran menyanyi di Istana Budaya dan lepas tu Dewan Filharmonik Petronas, (kedua-duanya bukan sebarang artis boleh muncul menyanyi),”kata isteri juruterbang ini.

Ibu kepada dua anak ini juga bakal muncul dengan single terkini tak lama lagi, selepas Sampai Bila benar-benar mendapat sambutan.

“Rezeki di AJL, saya tak menduga. Waktu nak datang bertanding malam tu, saya berlapang dada, tak fikir kalah menang…buat latihan menjelang AJL sampai nak demam. Terima kasih cikgu Zizie Zulkifli untuk lakonan dan Syafinaz untuk vokal,” kata Misha yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu dengan  Bunga Bunga Cinta, tak lama dulu (2003).

Gambar: @nottynutty @hazelnartworkstudio

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!