Menyepikan diri selepas AJL33, SITI SARAH kongsi sebabnya

Sejak berakhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), penyanyi Siti Sarah Raissuddin seolah-olah menyepi tanpa khabar.

Tiada sebarang perkongsian terbaharu atau tentang AJL33 di Instagram beliau sehingga sebilangan netizen menganggap  beliau kecewa tidak berjaya dipentas berprestij itu.

Setelah beberapa hari menyepikan diri, finalis AJL33 menerusi lagu Semakin ini telah menjawab persoalan ramai pada Jumaat lalu.

Menerusi Instagram beliau, Sarah berkongsi kenapa dia menyepikan diri selepas tamat AJL33 lalu.

“Maaf dah berapa hari Sarah tak post apa-apa selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan.

“Sarah nak ucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan pada Sarah dan lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.

“Terharu sangat sebab ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL. Sarah dan team telah pun cuba untuk buat yang terbaik, daripada semua aspek.

“Tapi nasib tak berapa baik, malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit(mungkin over practice) dan ramai yang cakap mlm tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit jerit sebab Sarah cuba untuk buat yang terbaik walaupun dalam keadaan yang tak sihat.

“Tentang susunan muzik, Sarah dan management telah pun decide sejak awal lagi untuk tampil dengan susunan muzik baru dan mungkin ini kesilapan daripada pihak kami sebab ramai yang suka susunan muzik asal.

“Tapi niat hanya satu untuk memberikan yang terbaik untuk semua. Insya Allah jika ada peluang lagi di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi,” tulis Sarah di Instagram.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia masih tidak sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat pada AJL33 dan menyokong dirinya.

“Sekarang Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat untuk sambung balik aktiviti seni Sarah. Ucapan terima kasih kepada pengurusan Sarah, Indigital Music, team yang terlibat, peminat (Hearty Sarah) yang sentiasa menyokong Sarah walau dalam apa keadaan pun dan pada suami tercinta, Shuib yang sentiasa ada untuk Sarah.

“Berada di pentas AJL adalah momen paling indah selama Sarah berada dalam industri. Tahniah kepada semua pemenang,” kata Sarah.

URTV doakan semoga Sarah cepat sembuh dan kembali aktif dalam bidang nyanyian semula.

View this post on Instagram

Assalammualaikum salam jumaat semua..Maaf dah berapa hari Sarah tak post ape2 selepas habis AJL disebabkan keadaan Sarah tak berapa mengizinkan...Firstly Sarah nak ucapkan Jutaan terima kasih diatas sokongan pd Sarah dan Lagu Semakin hinggalah melayakkan lagu ditempatkan difinal.. Terharu sgt sbb ini pertama kali Sarah berada dipentas AJL..Sarah dan team telah pon cuba utk buat yg terbaik,dr semua aspek,,,Tp nasib tak berapa baik,mlm final Sarah tak sihat,tekak jadi perit(mgkn over practice) dan ramai yg cakap mlm tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit jerit sbb Sarah cuba utk buat yg terbaik walaupon dlm keadaan yg tak sihat...Tentang arrengement Sarah dan management telah pon decide sejak awal lagi utk new arrengement dan mgkn ini kesilapan dr pihak kami sbb ramai yg suka arrengement asal 😊...Tp niat hanya satu utk memberikan yg terbaik utk semua... Insyaallah jika ada peluang lagi di AJL sarah dan team akan perbaiki lagi... skrg Sarah masih lagi tak sihat dan doakan Sarah cepat sihat utk smbung balik aktiviti Sarah... Ucapan terima kasih management Sarah @indigitalmusic ,Team yg terlibat , @hearty.sarah yg sentiasa support Sarah walau dlm ape keadaan pon,, pd daddy @shuibsepahtu yg sentiasa ada utk ibu,keluarga dan peminat2 SARAH.. Ini adalah version sehari sebelum Live ,,, AJL IS THE BEST MOMENT SELAMA SARAH BERADA DLM INDUSTRI.. TAHNIAH PD SEMUA PEMENANG ... 😊😊😊

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!