Menu 2019 FLORA TERRACE

RESTORAN  terkenal meriah dengan hiasan aneka jenis warna dan replika bunga, Flora Terrace  Hampshire, Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur yang menjadi pilihan selebriti popular tanah air mengadakan majlis  tampil dengan menu menu baharu termasuk pencuci mulut meraikan kedatangan  2019!

Menurut Pengarah Urusannya, Syed Muhammad Safwan, 27, menu menu terkini selera Melayu dan Barat, ada yang  diilhamkan oleh cef dari hotel dan pusat peranginan antarabangsa kelas 5 bintang.

“Alhamdulillah, sesudah lebih tiga tahun, saya dan keluarga yang mengusahakan Restoran Flora Terrace, sambutannya semakin baik.

“Kami sentiasa mahu memberikan yang terbaik  bukan sahaja dengan  tarikan hiasan dan konsep dekorasi dalaman restoran  tetapi keselesaan pelanggan dengan layanan, sajian dan mesra harga diutamakan.

“Tempat ini bukan sahaja jadi tumpuan famili untuk majlis hari jadi, perkahwinan tetapi kebiasaannya hari hati biasa pasangan suami isteri dan kekasih untuk makan malam. 

“Setakat ini, dah ramai artis termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza , Rozita Che Wan dan lain lain memilih restoran kami untuk keramaian mereka dan keluarga dengan  majlis tertutup.

“Antara komen positif pelanggan, pasti menu. Kami sajikan yang barat, Asia juga Melayu…jadi  tahun 2019, Flora Terrace menambah lagi hidangan baru terutama sajian  dengan pencuci mulut istimewa. Selain itu, memberi pakej istimewa majlis ulang tahun dengan harga tak membebankan pelanggan.”

Jadi kepada yang sudah ada belum ke sini, pastikan malam sambutan tahun baru 2019,  merasai sajian terkini di sini.

Tak dinafikan URTV Online antara menu barunya ini memang sedap. Harga pun tidaklah mahal sangat, berbaloi rasa.

Puding Ratu, Tart Buah dan lain lain menu spageti salmon, sup cendawan istimewa dan lain-lain lagi, wajar anda cuba.

TAK LAWAN ARTIS

SAMBUTAN ulang tahunnya pada usia ke 27  April lalu, dikatakan setanding atau  mengalahkan artis popular!

Bajet dihabiskan , dengar khabar dalam RM500,000 dengan percikan bunga api, perarakan berkuda dan lain lain.

” Ada yang famili taja. Bukan nak kalahkan atau setaraf artis…kebetulan birthday tahun ini paling meriah berbanding sebelum sebelumnya, “jawabnya. 

Bunga api 270 das, liputan stesen Ntv7, kek RM1,400, rekaan baju Ezuwan Ismail  RM14,000  dan banyak lagiyang kos mewah, enggan disahkan Safwan.

“Senang cakap, biarlah rahsia.  Tema pakaian tidur dan suasana meriah majlis itu sangat bererti bagi saya,  apabila dikatakan bersejarah. Menunggang kuda ke restoran dan disambut famili, sahabat-sahabat juga ramai rakan artis,  yang datang. Dentuman bunga api,  hiburan oleh artis, tak mungkin dilupakan,”ceritanya lagi. 

Antaranya artis yang hadir ialah Datin Sri Lisa, Datuk Ayu Puteh, Datuk Rosyam Nor, Ayu Raudah, Datin Rebecca, Rohana Jalil, Saffiey Illias dan ramai lagi. 

“Doa mereka juga penting buat saya,”katanya kepada URTV Online membicara kisah majlis ulang tahun kelahiran tersenarai dalam sejarah antara paling mewah dalam kalangan usahawan muda.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!