DIA MENANTU RAHSIA `MIMPI NGERI’ SAYA-A.AIDA  

PRODUSER Datuk A.Aida Awang naik angin. Marahnya bukan main-main. Terkilan promosi drama episod Dia Menantu Rahsia tidak seperti diharapkan.

“Sepanjang 20 tahun Da menerbitkan drama TV , rasanya Menantu Rahsia ini bagaikan `mimpi ngeri’ ! Geram dan naik angin dengan team yang sepatutnya buat promosi tapi segala-galanya tak menjadi seperti dirancangkan.

“Jangan fikir masuk slot popular di TV tak payah nak promote drama ini. Jangankan team yang terlibat malah ada juga pelakon yang  saya tengok, tak bantu kami mempromosi suruh peminat tonton drama lakonannya ,” dakwanya kepada URTV petang semalam.

Menantu Rahsia,  terbitan A. Aida Production dijayakan oleh Asyraf Muslim,Raisya Senrose Mona Allan, Fazlina Ahmad Daud, Syazwan Hassan dan Wilma Mohamad. Diarahkan oleh Pali.

“ Saya betul-betul marah dengan apa yang dah berlaku tentang Menantu Rahsia , memang ada yang saya dah tak minat nak ajak bekerjasama lagi di waktu akan datang, ” akuinya.

Ada mengatakan, walaupun tak riuh dengan publisiti `mendendangkan’ drama ini , pihak stesen TV menaruh keyakinan akan mencapai rating tinggi, kerana jalan cerita menarik.

Kisahnya tentang seorang ibu terkilan anak lelakinya kahwin dalam diam bertindak melepaskan geram terhadap menantu bukan pilihan.

Dalam pada itu, A. Aida turut menafikan sekeras-kerasnya, drama ini menyindir golongan artis yang berkahwin dalam diam diam.

“Tak ada kena mengena dengan mana-mana artislah.  Ini hanya sebuah drama dan kalau terjadi dengan kehidupan orang lain ia hanyalah satu kebetulan, “ jawabnya.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!