Melting Pot pilihan selebriti popular, CITA RASA 6 SEKAWAN.. tawar lebih 100 hidangan!

INGIN  berbuka puasa di hotel? Sajian `meriah’ di Melting Pot Hotel Concorde Kuala Lumpur, tahun ini  boleh dijadikan pilihan semua. Bukan sahaja lebih 150 hidangan setiap hari disediakan tetapi sajiannya  bukan sahaja dengan menu kampung Melayu  tanah air tetapi   juga  beberapa negara Asia!

“Bermula 6 Mei sampailah ke 4 Jun 2019, bufet Ramadan kami  dengan tema Cita Rasa 6 Sekawan menyajikan pelbagai juadah  dengan hidangan Melayu yang  disukai pelbagai bangsa.

“Kalau nak disebut memang banyak, antara yang jadi kesukaan ramai ialah masak lemak siput sedut, kari daging, masak lemak  ayam  dan aneka lauk pauk lagi  juga ada ulaman, sambal sambal, ikan bakar. Ada juga kari kepala ikan, sup gear box, kambing bakar, beriani . Kami juga mengekalkan selera Asia untuk  peminat makanan Jepun (tempoyaki ),   Thailand ( tomyam ) tak terkecuali menu selera india   tosai, roti canai, capati )mengikut giliran hari) . Minuman ada tebu, soya dan lain-lain termasuk panas. Buah-buahan, kuih muih, malah bubur lambuk juga disediakan.

“Harga dikenakan RM138 bersih dewasa, kanak-kanak pula ialah RM68 bersih sahaja,” kata  Pengarah Pemasaran Julini Yusof.  Sesiapa nak menempah kenalah segera menghubungi 03-2717 2233 e-mel mpotkl@concorde.nett

Ramai selebriti tanah air suka  berbuka puasa di sini antaranya ialah Maria Tunku Sabri.

“Setiap tahun kalau nak berbuka puasa di luar dengan suami dan anak-anak, Melting Pot jadi pilihan saya. Mengapa? Di sini ada aneka juadah kesukaan saya. Sedap lauk pauk hidangan Melayu…aduhai siput sedutnya sedap, kari kepala ikannya …cukup asam garam.  Sedap juga makan dengan roti  yang disediakan. Suami suka sup gear box di sini,” cerita Maria yang bukan sahaja kaki makan tapi  pandai memasak.

“Bulan puasa,  taklah selalu berbuka di luar, ada juga harinya, di rumah. Saya tetap masuk dapur memasak. Membeli di bazaar tu kuih- kuih saja. Kalau bazaar Ramadan kami suka ke Taman Melawati Kuala Lumpur,” kata Maria.

Jom layan video apa celoteh Maria dan suami juga melihat suasana hidangan oleh Cef Zul dan pasukannya untuk Melting Pot tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=dQ0OSQrTXU0
Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!