MAWI tak jumpa judul lagi?

WALAUPUN sudah berbulan siap penggambarannya dan menghampiri proses terakhir, Juara Akademi Fantasia 3  yang juga penyampai Radio Zayan,  Asmawi Ani masih belum jumpa judul sesuai untuk  filem pertama arahannya.

“Banyak cadangan peminat dan mereka  yang terdekat tapi untuk judul filem yang bakal masuk pawagam awal tahun depan, namun setakat ini belum ada yang dipilih, belum  yang dilihat sesuai,”  kata penyanyi, pelakon dan pengarah drama pengusaha  perniagaan Mawi World dan Mawi Entertaiment  Sdn Bhd menjawab  soalan URTV Online  mengapa `liat’ mencari nama untuk filem sulung arahannya itu?

Mawi yang pernah beraksi dalam  filem Jin Notti  dan Magika (KRU Production) dan terbaharu Munafik 2  ( Skop Production) selain berlakon berbakat mengarah melalui drama Rock Sangkut dan beberapa lagi untuk Astro.

Filem pertama arahannya ini dibintangi oleh Hazama, Along Cham dan ramai lagi. Mawi,  berharap  akan mendapat sambutan baik.

“Ini filem pertama arahan saya  mengambil ilham drama arahan saya sebelum ni untuk Astro, berjudul  Rock Sangkut,” kata Mawi.

Jom ikuti video komen Mawi tentang filem dan perkembangan perniagaannya termasuk mengapa cawangan butik di Johor yang diusahakan sebelum ini tidak beroperasi.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!