Mawi nak sambung ‘Tiada Tajuk’

FILEM  berjudul  TIADA TAJUK  garapan sulung penyanyi, pelakon ,pengarah dan penyampai radio Zayyan kelahiran Akademi Fantasia 3- Asmawi Ani atau Mawi  sebenarnya tidak rugi malah berjaya balik modal!

Kalau ada yang memikirkan Mawi gagal meraih kejayaan susulan filemnya yang ditayangkan sekitar April bertembung di pawagam dengan filem-filem Hollywood yang box office, hakikatnya Tiada Tajuk telah membuat Mawi tersenyum lebar.

Mawi memberitahu URTV baru-baru ini filem lakonan Joey,  Along Cham, , Hazama, Ropie, Acey dan dirinya sendiri   itu akan bersambung lagi!

“Insya Allah, ia akan disambungkan. Alhamdulillah, tayangan Tiada Tajuk di seluruh negara April tahun ini membawa pulangan yang baik.  Dah balik modal,” kata Mawi tentang filem menelan belanja  RM4 juta termasuk promosi dan bayaran pelakon.

“Bila nak kembali ke lokasi , saya akan beritahu nanti,” tambahnya.

Mawi turut berterima kasih dalam usaha mahu menjadi seorang pengarah filem, beliau mendapat sokongan daripada produser Skop Production Datuk Yusof Haslam dan  anaknya Syamsul Yusof.

Jom ikuti wawancara  URTV dengan Mawi  ini.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!