“Masih belum sedar” – Datin Fadilah Mansor

SETELAH hasrat nak pulang beraya ke Johor Bahru bertemu  ibu saudara di Larkin dan sanak saudara lain dengan keluarganya, tercapai, penyanyi Datuk A. Rahman Hassan jatuh  pengsan malam tadi.

Menurut  isterinya pelakon Datin Fadilah Mansor, sebentar tadi kepada URTV, “Datuk masih tak sedar. Saya memohon semua orang memanjatkan doa agar Datuk yang  berada di ICU, Hospital Ampang, akan cepat pulih daripada dugaan ini.

“Semalam, 10 Jun,  sekitar lebih pukul 10.00 mlm , beliau jatuh  pengsan di stesen minyak Petron Ampang, mujur cepat   diselamatkan oleh pihak ambulans.

“Sekarang masih  direhatkan (tak sedar diri) untuk rawatan dan pemantauan  hospital.

“Kami (keluarga) dimaklumkan, Datuk ada masalah  komplikasi paru paru (berair) dengan  degupan jantung  tak konsisten masih lemah.

“Terima kasih kepada semua yang ingat dan mendoakan.”

Datin Faridah memohon semua yang mengenali berdoa untuk suaminya, Datuk A.Rahman Hassan.

1 Jun baru-baru ini Datuk A. Rahman Hassan di masukkan ke wad kerana masalah paru paru berair, dijadualkan menjalani rawatan susulan 10 Jun sesudah dibenarkan pulang beraya.

Pun begitu, isteri dan keluarga dinasihatkan memantau minumannya tidak boleh banyak memadai yang dibenarkan.

Menurut Datin semua makan dan minumnya dipantau, Datuk juga kurang berjalan sebab cepat letih.

“Jadual rawatan  susulan pada 10 Jun dah ubah ke 14 Jun sebelum ini, “tambahnya.

Segala usaha dibuat pihak hospital dan keluarga dan orang ramai terutama yang mengenali diharapkan terus mendoakan proses rawatan dan keadaan Datuk beransur sembuh.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!