Masih belum ada pengganti – ISMA

BENARKAH sudah menemui pengganti bekas suami? Itulah yang dirisik tanya oleh kawan-kawan mengenai penyanyi ibu tunggal anak lima, Ismaliza Ismail (kakak Tomok).

Beliau telah bercerai dengan bekas suaminya, komposer dan penyanyi Zulkifli Majid pada awal tahun lalu.

Ada mengatakan, sesudah membuat kenyataan terbuka melalui program Gincu Merah Huzz  (dimuatkan dalam youtube untuk MHE TV dan URTV) pada akhir lalu tentang status dan perceraiannya  yang berlangsung dalam diam-diam, apakah  Isma juga sudah bertemu dengan pengganti pada waktu sekarang?

Isma dilihat ceria dan antik kebelakangan ini setelah berhijab sesudah kematian ayahnya Allahyarham Ismail  Salim pada  29 Disember 2018.

“Mana ada …. saya tak jumpa pengganti bekas suami….” katanya menafikan terbuka hati untuk berkahwin lagi walaupun ada yang cuba mendekatinya.

Malah Isma mengaku, hubungan dengan bekas suami pun baik-baik sahaja selain kerana anak, tidak mahu bermusuhan.

Jom layan wawancara Huzz dengan Isma baru-baru ini tentang lelaki dalam hidupnya dan perancangan terkini, untuk URTV.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!