MALAYSIA’S MAKEUP ARTIST AWARDS 2019 MARTABATKAN INDUSTRI PERSOLEKAN DAN TATARIAS NEGARA

Foto: AZLINA OTHMAN

Buat julung kalinya, sebuah program meraikan dan mengetengahkan bakat anak muda dalam dunia persolekan dan tatarias diadakan di Malaysia. Program yang diberi nama Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019 ini bakal melahirkan pelapis jurumekap profesional tanah air.

Dianjurkan oleh dua jurusolek profesional tanahair, Sheila Mohamad dan Deqsha, MMAA 2019 telah menerima 300 penyertaan dan hanya 40 peserta terpilih untuk berasing di peringkat akhir bagi merebut gelaran Malaysia’s Makeup Artist 2019 yang bakal berlangsung pada 28 Ogos nanti di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Menurut Sheila Mohamad, penganjuran MMAA 2019 adalah satu platform untuk mengetengahkan bakat anak muda dalam arena solekan dan tatarias.

“Idea menganjurkan MMAA 2019 adalah kerana saya pun bermula daripada pertandingan seperti ini pada tahun 2006 dahulu. Daripada situ nama saya sebagai jurumekap dikenali.

“Penganjuran ini adalah salah satu cara untuk saya membantu jurumekap lain dengan membuka jalan untuk mereka yang berbakat tapi tidak mempunyai platform untuk tonjolkan keupayaan yang mereka miliki.

Dari kiri: Sheila Mohamad, Suhaila dan Deqsha.

“Alhamdulillah, kami juga menerima sokongan yang sangat baik daripada pihak yang sudi menaja. Tanpa mereka, MMAA 2019 mungkin tidak dapat direalisasikan.

“Terima kasih kami ucapkan kepada kesemua penaja iaitu Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur (penaja rasmi lokasi), Sheila Mohamad Cosmetics, Beutania, NR Cosmetics, Arymuzamer, Artisan Profesionnel, Lauriene Cosmetics, Herv, Syok Cosmetics, Feathers by Amira Ho, TruLooks Beauty Cosmetics, Mumtaz Fella, Amoura Cosmetics, Rizman Ruzaini Creations, Ridzskin, Fame Cosmetics, Anas, DoctoX, Ferra Rossa, Aeolox Lense, Syed Faizal Beauty, Glitz, Syedewa, Faixal Creations, Ramza Studio, Mek Kembang Cotton, The SA Films, Fendi Aziz Photography Project, Hershey’s Cheese Cake by Zaem Nordin, Kafe Ratu KD by Adda, Vanity Mirror Murah dan Hermosa,” kata Sheila semasa sidang media MMAA 2019 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu Deqsha pula berkata, beliau berharap MMAA 2019 bukan sahaja membantu menaikkan nama industri persolekan dan tatarias negara malah melahirkan jurumekap yang bagus dan berdisiplin.

“Kami juga mengadakan program ini untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis jurumekap profesional pada masa akan datang.

“Selain itu, MMAA 2019 juga memartabatkan dan meraikan jurumekap yang selama ini selalu bekerja dibelakang tabir.

Deqsha (kanan) bersama Sheila Mohamad semasa sidang media Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019 di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Nak melahirkan jurumekap profesional bukan mudah. Banyak kriteria yang penting seperti kebersihan, kebijaksanaan, teknik, kekemasan dan juga disiplin.

“Oleh itu, kami akan cabar diri peserta merasai dan melalui pengalaman sebagai jurumekap profesional sebenar dengan tugasan-tugasan yang akan diberikan,” kata Deqsha yang telah bergelar sebagai juru jurumekap profesional selama 21 tahun.

Untuk maklumat terkini mengenai MMAA 2019 boleh layari laman web www.malaysiamakeupartist.com atau Facebook dan Instagram – malaysiamakeupartist.

Ruang komen
Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!