Kerana SHIMA tauke rempah hiba

KESUNGGUHAN penyanyi dan pelakon Shima berniaga nasi berlauk di kawasan perumahan pangsapuri Damansara Damai membuatkan pengusaha rempah popular Mak Siti terharu terkenang masa lalu.

Kata anaknya,  Siti Khawa Jannah Nasuha,“Mak (Hajah Siti Hajir Salleh , 68) teringat zaman lalu dalam hidupnya.  Ramai  ak tahu mak  berniaga secara kecil-kecilan,  menjual nasi berlauk di warung.

“Bila Mak Siti baca berita  Shima dan suaminya  tak kisah berniaga di warung, mak puji usaha  mereka berdua. Yalah,  angun awal pagi, memasak dan  sama-sama membanting tulang dan tenaga,  demi mencari rezeki.

“Mak berbesar hati memberikan sumbangan  rempah-rempah  jenama syarikatnya  Mak Siti untuk Shima memasak.”

Mak Siti

Mana tahu, berkat usaha dan kesabaran , tak lama lagi, Shima  mengikut jejak Mak Siti  menjadi penerbit produk masakan.

URTV Online  difahamkan,  Mak Siti juga sudi memberikan harga murah  kepada Shima  untuk membeli produk mereka, bagi  meneruskan perniagaannya.

Pengurus acara dan artis, Dankerina Evanglista mewakili syarikat Mak Siti telah menyampaikan sumbangan berupa  hamper kepada Shima.

Wakil Mak Siti, Dankerina menyerahkan sumbangan

“Terima kasih atas sokongan Mak Siti. Tak lupa juga semua, baik  peminat-peminat, rakan-rakan wartawan juga penduduk sekitar Damansara Damai yang terus memberikan sokongan.

“Insya Allah Warung Teringin yang saya dan suami usahakan  terus beroperasi macam biasa sebelah pagi sekitar 11.00 hingga 3.00 petang kecuali hujung minggu. Ini kerana  saya masih menerima tawaran menyanyi kalau ada yang mengundang pada Ahad,” kata Shima yang tak putus asa dengan cubaan hidup.

Shima wajar menjadi contoh kepada mereka yang hanya mengeluh berbanding bekerja. Sesungguhnya di sebalik dugaan ada hikmah yang Allah telah sediakan. Hendaknya kita bersyukur dan tidak mudah kecewa.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!