Lepas Kahwin A.AIDA Kena Bertudung!

PRODUSER Datuk A. Aida diminta memakai tudung selepas bernikah dengan kekasihnya, pelakon muda  Wan Ariff Aziz,29.

Kisah cinta  mereka berbahang jadi bualan dan pertanyaan sekeliling, lebih sebulan lalu.

Sekembali bercuti pusing Eropah dengan tiga orang anaknya ( hasil perkahwinan dengan dua orang bekas suami),  Aida yang membahasakan dirinya sebagai Da memberitahu URTV, “Dia suruh Da bertudung kalau kami dah kahwin nanti. Malam ini (4 Julai), kami akan berjumpa dan berbincang.”

Pelakon lelaki itu dikatakan mahu majlis nikah mereka dipercepatkan.

Pelakon muda  Wan Ariff Aziz yang berjaya mencuri hati A.Aida

Dalam majalah URTV edisi Julai yang sedang berada  di pasaran , dimuatkan  pengakuan eksklusif Aida (dalam lingkungan 40an ) sebelum terbang ke Eropah, sebelum Syawal tahun ini.  Katanya, sedia  berkahwin dengan Ariff dan  merancang majlisnya,. pada hari jadinya April 2019.

“Bagaimanapun sekembali  Da dari Eropah 1 Julai baru-baru ini, , Ariff minta agar pernikahan  kami dicepatkan.

“Dia kata, elok dahulu yang wajib. Nanti majlis persandingan atau resepsi pada tahun depan,” tambah Aida.

Itulah dinamakan, perasaan cinta semakin hangat.  Lama tak jumpa, tak tahan menanggung rindu. Apatah lagi cinta kedua-duanya direstui kedua-dua pihak keluarga.

Bercerita tentang percutiannya dengan anak-anak , kata Aida, pengalaman menarik kerana bercuti di Belgium, Jerman, Perancis, Switzerland dan beberapa buah lagi.

“Bukan selalu, bawa anak-anak makan angin,” akuinya yang tak kisah berhabis hampir RM300,000 untuk percutian yang dianggapnya istimewa kerana dapat menggembirakan tiga buah hatinya.

“Sekembali bercuti ini sibuk bekerja semulalah. Nak siapkan empat buah telemovie dan drama Menantu Rahsia untuk slot Akasia TV3. Sementera itu, filem Ratu Kala Jengking terbitan A. Aida Production sudah selesai penggambarannya dan sedang dalam proses penyuntingan. Untuk filem arahan Bade Hji Azmi itu, belanja lebih RM 3juta selain barisan pelakon popular (pelakon utama Nadia Brian, Zulhuzaini dan ramai lagi termasuk penyanyi Firman dari Indonesia), tentunya menelan perbelanjaan besar apatah lagi melibatkan penggunaan CGI.”

Kepada Aida didoakan selamat berbahagia. Aida pernah berkahwin dengan Ameng vokalis Spring dan kemudian, pegawai polis di Bukit Aman, sebelum kembali bergelar janda lebih 4 tahun lalu.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!