Lelong murah baju artis…BUKAN NAK TUTUP BUTIK!-EZUWAN ISMAIL

DESIGNER dan pemilik butik Ezuwan Ismail    menafikan butiknya bakal ditutup  apabila mahu melelong murah banyak baju termasuk yang pernah dipakai bintang bintang terkenal tanah air!

“Saya masih beroperasi macam biasa. Malah tambah bersemangat nak meneruskan bisnes ini. Sebenarnya, pada  11 hingga 13 Januari ini  saya anjurkan program Sale Bagi Licin untuk pelanggan setia dan orang ramai. Datanglah ke butik saya di Dagang Avenue, Ampang, Selangor.

“Sebab utama,  buat jualan murah? Dah banyak baju di sini sampai tak ada ruang lagi letak.  Jadi saya fikir jual sajalah dengan harga istimewa…serendah RM50. Berbaloi beli. Datanglah nanti apa yang ada gerenti puas hati,” kata Ezuwan kepada URTV Online pagi tadi.

Wah murah betul jualan lelongan dibuatnya.  Maklumlah, biasanya jualan baju di sini cecah ratus RM malah ada juga yang ribu RM tau! Kali ini semua orang mampu beli.

Kalau nak tahu, bintang-bintang popular  Datuk Sri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Rozita Che Wan Uqasha   pernah melaram hasil rekaannya untuk majlis- majlis besar dan fotografi majalah  majalah tempatan termasuk URTV, sebelum ini.

Dan baju-baju itu juga akan dijual untuk peminat-peminat mereka.

Terdahulu, biduanita negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah menempah pakaian dengannya  dan menjadikan Ezuwan Ismail antara pereka pakaiannya  pilihannya. Beliau memuji rasa selesa hasil jahitan, pereka kreatif ini.

Apa lagi…. selesai baca, stand by… jom `serbu’ butik Ezuwan Ismail Jumaat hingga Ahad ini. Tentulah waktu operasi 11.00 pagi sampai 8.00 malam sahaja.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!