LELAKI hot berani `mati’…AZMI BERSUARA!

“JANGAN fikir kerana suka berlengeng (tak pakai baju) ,berpakaian  sendat  di depan kamera  dan memuatkan gambar-gambar itu dalam laman sosial,  saya  ini mencari  gelaran  lelaki hot, seksi dan  penggoda!,” kata atlet sukan bina badan dan model sambilan, Azmi Matar.

Tambahnya,  “ Dan kalaulah kerana mereka yang menatap gambar gambar itu mengatakan saya ini lelaki hot…berani `mati’  konon aksi-aksi yang  saya  mengghairahkan… apa yang saya boleh buat?

“Mulut manusia ni macam-macam. Lagi satu, lain orang  lain pendapat. Mungkin ada yang mudah  terpikat  tengok badan saya begini,  dan mungkin ada yang  tidak!

“Saya sekadar berkongsi pengalaman. Sejak  beberapa tahun lalu menceburi sukan bina badan dan keluar masuk  gimnasium seminggu lima hari,  mengawal makan dan minum mengikut peraturan  yang betul,  tidak sia-sia!. Impian  berbadan seperti hari ini dah tercapai.

Katanya yang suka bermain sepak takraw juga, “Tentunya, jika semua orang  menjalani gaya hidup  sihat jangankan tubuh badan luar dan dalam sihat malah  akan lebih berkeyakinan termasuk dalam bergaya.

“Berbanding  suatu waktu  dulu lelaki sasa sekarang tidak lagi  dianggap sesuai  naik turun pentas bina badan .   Alhamdulillah  sekarang dah boleh jadi model sambilan. Sejak 2017 saya berpeluang  memperagakan pakaian termasuk di pentas runway. Berbadan  sasa  seperti saya (berat 65 kg dan ketinggian saya 174 sentimeter) dilihat tarikannya bila berfesyen.”

BATASAN

ADA juga yang mencadangkan agar Azmi Matar  jadi pelakon drama atau filem.

“Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, boleh cuba. Bagaimanapun, saya bekerja di sebelah selatan (kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor).

“Jika ada   penggambaran di sini,  tak ada masalah. Boleh saja nak suruh bawa  watak baik atau jahat, nama pun berlakon,  tentulah peranannya macam-macam.

“Pun begitu, jangan pula kerana saya ini  berani  tayang badan disuruh melakonkan yang  melampau. Harap tak ada yang nak mengambil kesempatan kerana kita kenalah tahu batas atau tahap beraksi depan kamera,” katanya.

TAK CEMBURU

PUNYA ramai peminat, Azmi Matar, 34, menafikan  dirinya lelaki `buaya darat’ atau cerewet hanya kerana masih membujang.

Setelah pernah dikecewakan,  mengapa belum ada yang istimewa?

“Lelaki pasangannya perempuan.  Tapi saya tak mengambil kesempatan. Saya pun macam lelaki lain,  ada impian untuk berkahwin.

“Jatuh cinta? Tak  boleh bertepuk sebelah tangan. Nak hidup berdua, bukan sehari dua.  Kena saling menyukai dan  ada persefahaman.Tapi sampai sekarang belum jumpa yang sesuai.

“Bukan sebab  cita rasa tinggi, mahu  bakal isteri secantik bidadari. Kalau nak jadi kekasih, kena menerima saya seadanya.  Faham minat, sukan dan kerjaya sambilan saya sebagai model.

“Kebanyakan kawan-kawan yang baru dan lama dalam sukan  bina badan bahagia berkahwin kerana   pasangan masing-masing sporting dan menyokong.

“Kalau kaki cemburu, selalu nak `melekat’ atau suka mengongkong lelaki, pasti menyukarkan,”  ujarnya berharap bertemu pasangan yang  serasi suatu hari nanti.

Jadi kalau ada yang masih menanti jawapan  cinta Azmi Matar  harap memahami untuk lelaki ini mengambil masa dalam memburu cinta.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!