Lebih dihargai di Filipina…Min Yasmin terkilan

KOMPOSER  Julkefar dan isterinya, penyanyi  terkenal dari Malaysia yang popular di Filipina, Min Yasmin  tidak tahu  mengapa sudah  lama bagai terpinggir daripada  stesen TV dan radio di negara sendiri.

“ Kali terakhir Min muncul di TV Malaysia ialah  rancangan Pop Express NTV7  pada bulan Mei tahun lalu.  Kemudian rancangan Borak  Kopitiam  bulan Julai  tahun sama.

“Lepas itu tidak ada lagi sampailah ke sekarang ini,” jawab Julfekar pencipta lagu dan menguruskan jadual kerja isterinya yang berasal dari Johor. Min Yasmin yang mula mencipta nama di sini,  mula mendapat sambutan di Filipina apabila  kemunculan  pertama melalui album 2 Voices  berkolaborasi dengan penyanyi Nikki Bacold  berhasil.

Lagu berjudul Sa Iyo  dari album tersebut berada dalam carta top 10 selama empat bulan di Love Radio dan Yes.Fm di negara itu.

“Sesudah itu melalui album kedua Langan Atay tahun 2016 Min bekerjasama dengan beberapa penyanyi  Filipina lain juga dapat sambutan  apabila lagu  Tibukka Na dari album itu  mendapat sambutan hebat di selatan Filipina.

“Min Yasmin  menyusul kemudiannya dengan album  solo   Min Yasmin Pangarap tahun lalu  mendapat liputan luas sewaktu pelancarannya termasuk mendapat liputan saluran ABS –CBN  Primitime dan GMA News  Filipina.

“Album duet dengan saya pula berjudul Kasilasa menyusul kemudian tahun 2018 juga mendapat perhatian,” cerita Julfekar lagi.

Min Yasmin   mengakui terkilan memikirkan orang di negara lain melihat bakatnya berbanding di tempat sendiri. Bukan meminta-minta dipandang tetapi sewajarnyalah kejayaan mencipta nama di negara jiran dan usaha mendapat tempat di persada antarabangsa  dihargai.

“Memanglah sedih  tak di undang menyanyi atau  membuat persembahan di TV tapi saya selalu bersikap positif. Mungkin disebabkan ramai artis baharu membuatkan mereka terlupa kehadiran saya dalam dunia hiburan.

“Maklumlah, sekarang banyak rancangan realiti TV. Makin hari makin ramai artis baru. Namun dalam pada saya `dilupakan,’ terima kasih kepada yang menyedari kehadiran saya dalam dunia hiburan apabila diberi peluang menyanyikan lagu-lagu runut drama-drama TV oleh produser produser tempatan.

“Alhamduliullah, dalam pada itu,  bakat saya ini dilihat orang  luar. Saya dapat mencipta nama di Filipina. Jadinya bila ada peminat-peminat saya di sini bertanya kenapa  tak muncul   di TV negara sendiri, apa boleh katakan?,” kata Min yang mampu bukan saja menyanyi lagu Melayu, Tagalog malah Inggeris dengan baik.

“Benar sering di Filipina,  tetapi  sentiasa  meluangkan masa dan  kerjasama  apabila diperlukan di negara sendiri,” tambah Min yang bukan sahaja popular di sana kerana  lagu-lagunya bahkan juga fesyen turbannya menjadi ikutan peminat beragama Islam di negara itu.

“Kita berharap  akan sentiasa mendapat sokongan positif semua pihak baik semua media di sini. Kadangkala sedih juga memikirkan, orang luar  kelihatannya lebih mengangkat bakat Min berbanding  mereka yang sepatutnya, di tanah air sendiri,” tambah Julfekar .

Mengenai perancangan terbaharu, tambahnya  “Insya Allah, Ogos ini Min akan terlibat dengan  persembahan di beberapa grand opening restoran di sana termasuk menjayakan majlis perkahwinan yang meminta Min menyanyi termasuk di Sabah,” tambah  Julfekar yang juga sedang merangka konsert Min Yasmin di Filipina Min Yasmin Made In Asia Live Concert di Zamboaga City Coliseum dan 20 lokasi lain.

“Kita juga sedang mengusahakan album Melayu Min Yashim World On A Spring dengan 18 lagu menggunakan gesekan biola,” tambah Julfekar yang berharap album itu akan mendapat sambutan baik oleh semua pihak. Termasuk diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

Jadi  URTV pun berharap selain media -media tempatan  pihak stesen penyiaran  jangan `pilih bulu’ dalam memberi laluan kepada artis lama dan baharu dalam berkarya dan melebarkan karya seni.

Kalau stesen TV sibuk memutarkan drama Filipina tak salah kalau memberi laluan sama untuk  artis kita  yang popular di sana dengan merakamkan persembahan dengan artis dari sana juga untuk slot rancangan  hiburan.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!