Lebih 40 booth selebriti di Festival GEGAR GEMPAK RAYA 2019

Foto: ZULFAIZ ZAKARIA

Berita baik buat warga Serdang dan sekitarnya, sebuah festival jualan 72 jam tanpa henti iaitu Festival Gegar Gempak Raya 2019 (GGR2019) bakal diadakan di Hall A, Tapak Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).

Dibawakan khas oleh Aisy Azka Event Management Services, Festival Gegar Gempak Raya 2019 akan berlangsung bermula pukul 12.01 pagi, 24 Mei 2019 (Jumaat) dan berakhir pukul 12.01 pagi, 26 Mei 2019 (Isnin).

Menariknya, 44 selebriti tempatan yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan instafamous turut memeriahkan festival dengan booth jualan mereka.

Antara artis yang terlibat adalah Alif Satar,Elyana, Ernie Zakrie, Ezzaty Abdullah, Nabil Ahmad, Izzue Islam, Syamel, Sharnaaz Ahmad, Arja Lee, Noraniza Idris, Ayu Damit, Reyhana dan ramai lagi.

Selain aktiviti jualan, Festival Gegar Gempak Raya 2019 turut menyediakan fiesta trak makanan yang turut akan berkampung selama tiga hari bermula 4 petang sehingga 5 pagi sepanjang festival.

Dengan kehadiran lebih 150 buah trak makanan, festival ini juga akan membuat percubaan bagi memecah rekod bagi ‘Largest Foodtruck Gathering’ dibawah Malaysia’s Book of Records

Menurut Pengarah Urusan Aisy Azka Event Management Services, Anuar Mohd Azmi, tujuan utama festival ini diadakan adalah untuk memudahkan masyarakat setempat membeli persiapan menjelang aidilfitri dan dalam masa yang sama membantu usahawan menaikkan ekonomi mereka.

“Sewa tapak perniagaan yang ditawarkan tidak terlalu tinggi berbanding tapak festival sempena lebaran yang lain.

“Harap karnival ini titik permulaan untuk usahawan untuk bergerak jauh dalam perniagaan.

Anuar

“Selain itu dapat memenuhi keperluan setempat dan memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung dengan lebih 200 jenama daripada pakaian, hiasan rumah, barang keperluan dan macam-macam lagi untuk persediaan menjelang hari raya.

“Festival ini juga mesra ibadah memberi manfaat kepada pengunjung dan usahawan yang ingin menunaikan terawih berjemaah selain dari berbuka puasa piknik bersama keluarga.

“Kami menyediakan khemah besar yang boleh memuatkan 400 orang jemaah untuk solat terawih. Kami juga akan menjemput ustaz berbeza untuk mengimamkan solat terawih sepanjang program berlangsung,” kata Anuar semasa sidang media festival Gegar Gempak Raya 2019 di Hotel Dorset Putrajaya pada petsng Jumaat.

Tambah Anuar, aktiviti kemasyarakatan yang diberi nama GGR Kongsi Kebahagian turut diadakan pada festival tersebut.

“Pada 25 dan 26 Mei, aktiviti rewang penyedian bubur lambuk, memasak rendang dan menganyam ketupat akan diadakan dan boleh disertai oleh orang awam.

“Dalam kita bergembira untuk menyambut hari raya, festival Gegar Gempak Raya 2019 tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Pada hari terakhir festival, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan warga emas dan orang kurang upaya.

“Selain itu, setiap satu peratus sewa tapak akan dimasukkan ke tabung untuk diagihkan kepada rumah kebajikan,” cerita Anuar yang berharap festival ini akan jadi acara tahunan.

Jangan lupa berkunjung ke festival anjuran Aisy Azka Event Management Services dengan kerjasama rakan strategik, Hotel Dorset Putrajaya, Unifi, Arabic Kitchen, Felda United FC, The Fighters dan MyCar bermula pukul 12.01 pagi, 24 Mei 2019 (Jumaat) dan berakhir pukul 12.01 pagi, 26 Mei 2019 (Isnin) di Hall A, Tapak Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!