LOKASI LANGSUIR ‘DIGANGGU’

SELAMA  25 hari menjalani penggambaran  filem terbaharu arahannya, Langsuir, di Langkawi sekitar  tahun lepas, pengarah Osman Ali tak menafikan, memang berlaku beberapa gangguan misteri di lokasi.

“Waktu shooting dalam Gua Landak, salah seorang pelajar intern (perempuan), yang masuk ke situ, mengaku ternampak makhluk hitam duduk atas batu. Itu punca dia jadi lemah dan menggeletar badan.

“Pelakon Julia Farhana yang bawa watak Langsuir kedua, terdengar suara aneh waktu nak pakai topeng disediakan. Katanya, macam ditegur!

“Dan jurusolek yang bawa pakaian untuk pelakon  watak langsuir , terdengar suara menggilai dari kostum itu waktu nak balik ke hotel, mujur gangguan pelik ini tak sampai menghalang shooting diteruskan, “cerita Osman tentang beberapa kejadian pelik. Namun mereka tak lupa berdoa bermohon tidak ada kejadian sampai mengganggu perjalanan penggambaran.

Osman Ali memlih Teluk Datai, Gua Langsir dan Gua Tembus antara lokasi Langsuir. Ada kawasan yang dikatakan menjadi tempat ‘buangan’ benda ‘tak baik’ yang tak diketahui mereka.

“Saya pilih penggambaran  pulau itu sebab selain pemandangannya laut dan darat yang  cantik, lokasinya sangat sesuai dengan skrip dan jalan cerita.

“Selain tu, saya juga pernah dengar  pulau tu  kononnya   dulu terkenal juga dengan kisah langsuir, “tambah pengarah  yang terkenal hebat  dengan garapan filem cinta, aksi dan psiko seram, sebelum ini.

Nampaknya asyik disebut dan diseru dengan dialog langsuir membuatkan ‘ada’ yang dah bertamu ke lokasi.

Ada juga mitos mengatakan, usah disebut sebut nama langsuir,boleh mengundang kehadiran perkara-perkara yang tidak baik.

Apapun, selalulah bermohon dengan Allah dijauhkan gangguan tidak baik.

“Kali ini seram juga tapi sentuhannya agak lain..dengan tema genre  komedi romantik dan melibatkan muka-muka baru,”akui Osman yang turut berdebar, menanti reaksi terhadap  filem dengan belanja lebih RM1 juta  yang mula berputar di pawagam seluruh Malaysia pada 20 September ini.

“Saya bawa bintang popular drama TV Shafiq Kyle , Hannah Delisha  dan Julia  ke layar perak untuk meriahkan industri filem kita. Dan saya perkenalkan  beberapa lagi pelakon baru dan kesemua muda sesuai untuk kinsep dan cerita,  tentang cerita percutian sekumpulan pemuda ke sebuah pulau misteri,”jawabnya apabila dilihat menampilkan ramai orang baru dalam filem kali ini.

Osman Ali enggan membayangkan berapa banyak kutipan mampu dibuat Langsuir terbitan  Guam Teamworks dan Nuansa Film dengan kerjasama Water Funs dan Early Birds, namun menaruh harapan, agar tak menghampakan.

“Tak berani nak cakap, harapan saya…paling penting cukuplah bagi semangat pada penerbit untuk menghasilkan filem seterusnya, “katanya.

Pada tayangan perdana 12 September baru baru ini, Langsuir turut ditonton bukan sahaja peminat peminat Shafiq Kyle dan Hannah Delisha, tetapi ramai karyawan filem dan pelakon.

Ramai memuji sinematografi dan lakonan bintang utama.

Hannah diramal akan meletop-letop namanya sebagai heroin muda filem tempatan dan dijangka menjadi rebutan produser untuk berlakon.

Bukan sahaja cantik tetapi penyanyi dan pelakon muda Singapura yang digosip konon sedang bercinta dengan Shafiq Kyle ini, menyaksikan  lakonan  menyerlah dan berani  dalam Langsuir.

Hannah melakonkan babak  mesra asmara cinta dengan baik dan berani seksi  ketika babak  mahu dirogol pemuda bernafsu buas dalam  Langsuir.

Jangan lupa tonton Langsuir yang akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 20 September ini!

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!