LANGGAQ kena ‘serbu’

KENA ‘serbu’. Yang datang dilarang membayar! Kira-kira lebih 2,000 pelanggan hadir ke majlis dari petang sampai ke lewat malam.

Itulah pengalaman manis tauke Restoran Langgaq, Zulkefli Ali dengan isterinya Faridah Mohamad yang syukur dan lega sambutan 10 tahun beroperasi bisnes makan di AU2, Keramat dapat sambutan hebat.

“Besar hati ramai yang datang. Kami buat kenduri, ajak pelanggan tetap mai (datang) makan percuma, “kata Zulkefli yang popular dengan nama Pak Tam.

Langgaq sempena nama tempat asalnya, Langgar, Kedah.

Beliau berkahwin dengan isteri yang berasal dari Labis, Johor.

Majlis berlangsung hari minggu baru-baru ini, turut dihadiri Lan Pet Pet juga rakan Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman dan teman wartawan.

Menu-menu popular di Langgaq ialah kuetiaw kerang dan udang, nasi lemak kuning, bihun sup utara, laksa, sate dan banyak lagi yang kebanyakan selera Kedah.

“Insya Allah, lepas ni nak buka cawangan kedua di Taman Melawati. Sebelum ini, hanya di sini.

“Yang di Ampang sebelum ini, bukan milik kami, tu kedai kawan, saya izin guna nama Langgaq. Tapi tak operasi dah.

“Original taste Langgaq di sini dan nanti di Taman Melawati. Atas permintaan.

“10 tahun berniaga, alhamdulillah…syukur, balik modal dan berbaloi,”ceritanya kepada URTV Online.

“Ramai artis suka makan di sini antaranya selain Lan dan famili, Bienda, Azza, Yatt dan lain lain.

“Dan berbesar hati kami pernah diundang buat katering di Istana Terengganu bila musim Aidilfitri, “tambahnya.

Yang penting menu Langgaq …masih sedap seperti dulu. Bak ungkapan orang utara, “Sedap tak tau nak habaq!”

Kepada Pak Tam dan  Restoran Langgaq, tahniah. Semoga terus sukses lagi.

Bagi yang nak makan di situ, restoran beroperasi sekitar pukul 12.00 tengah hari sampai 12. 00 tengah malam.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!