LAIN DAERAH LAIN CARA – CEF ISMAIL

BERLAINAN cara memasak. Ada bahan digunakan, ada yang tidak,  walaupun nama menu itu serupa.

Kata Datuk Chef Ismail Ahmad, “Negeri Sembilan banyak daerah, maka cara masing masing  memasak ada yang berbeza.

“Saya orang Rembau. Cara saya memasak ikut daerah dan ikut keturunan nenek moyang.

“Contoh rendang saya, masak guna bawang, halia…ada orang Negeri Sembilan  tak menggunakannya, tapi mereka tak boleh kata rendang saya bukan rengang nogori ya”kata Duta Masakan Malaysia dan pemilik Restoran Rebung yang diusahakanya dengan Angkasawan Negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, lebih 18 tahun lalu.

RAKAN lama, Puang Cheng yang berasal dari Negeri Sembilan, peminat menu rendang masakan Datuk Chef Ismail Ahmad

“Nak memasak, mesti dengan minat, betul cara dan bahan segar juga ikut sukatan.

“Boleh main campak campak tapi jangan terlebih dan terkurang. Ini rendang yang sangat popular di Rebung.

Sedap dimakan dengan nasi minyak putih, lemang dan ketupat nasi.

“Kalau ada tempahan kenduri kahwin…mesti mereka minta menu ni. Begitulah bila datangnya musim hari raya juga, “katanya yang memberi resepi menu ini  eksklusif untuk URTV.

Bolehlah dicuba untuk musim perkahwinan waktu cuti sekolah ini atau ketika sambutan lebaran.

Rasa RENDANG DAGING HITAM yang dimasak berjam jam ini memang sedap dan pedas!

“Yang bukan Melayu pun suka,”katanya yang gemar memasak sendiri. Selain lauk pauk, beliau juga mahir dalam penyediaan kuih muih.

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!