Lagu HIKAYAT BEN LADIN Ciptaan MALIQUE Lagu Balas Untuk ALTIMET?

Komposer dan penyanyi rap Malique kini muncul dengan karya terbaharu bersama Dedeq menerusi lagu Hikayat Ben Ladin nyanyian penyanyi muda Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 17 tahun atau lebih dikenali sebagai Ben Ladin.

Sejak lirik video lagu nyanyian Ben Ladin yang pernah menyertai program Idola Kecil 5 (2012) itu dimuat naik di saluran Youtube Sony Music MY, ramai yang memuji lirik lagu tersebut yang sangat puitis dan makna yang dalam.

Menariknya, ramai juga peminat yang merasakan lagu ini adalah lagu balas Malique kepada lagu Mambang oleh Altimet yang dikatakan dituju kepadanya sebelum ini.

Antara komen peminat di ruangan komen lirik video tersebut adalah:


Hanafiah Rahim
If you listen clearly, this is diss song to Altimet. Dia hntar budak je..


Nazre Rushdy
mcm sambut lagu mambang je.


Alap Z
“Mereka keluar masuk gua, Mencuba mencari di mana ada.” Ni macam reply kpd lagu mambang je ni hahah dia hantar budak skolah je.

Berdasarkan komen mereka, bait lirik Hikayat Ben Ladin yang menyebabkan mereka berkata lagu ini adalah lagu balas kepada lagu Mambang adalah pada lirik, ‘Mereka keluar masuk gua, Mencuba Mencari dimana ada, Mencuba meneka dimana saya, Mata kasar takkan dapat jumpa’.

Bahagian lirik itu seolah-olah membalas lagu Mambang nyanyian Altimet kerana dalam lagu Mambang ada menyebut tentang gua dan mempersoalkan dimana mambang yang hanya mendengar suara tapi tidak nampak kelibatnya.

Mungkin perkara ini sekadar kebetulan dan mungkin juga ia ditujukan kepada Altimet sebagai lagu balas kepada lagu Mambang. Apa pun lagu dan lirik lagu Hikayat Ben Ladin memang best!

Jom layan lirik video Hikayat Ben Ladin Nyanyian Ben Ladin ini!

Artikel berkaitan: “Lagu Itu Tentang Diri Saya, Malique Tak Tuju Pada Sesiapa” – BEN LADIN

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!