KU BERSUARA single terbaharu ERNIE ZAKRI

Penyanyi popular Ernie Zakri kini muncul dengan single terbaharu berjudul Ku Bersuara ciptaan Syamel sebagai komposer dan penulis lirik di samping beberapa nama lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Lagu ini juga merupakan lagu pertama Ernie sejak bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.

Sesuai dengan kekuatan vokalnya, Ku Bersuara merupakan sebuah lagu berkonsep ‘power ballad’ yang mampu menyerlahkan lontaran suara Ernie yang hebat. Ia disampaikan dengan begitu baik dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.

Lagu Ku Bersuara boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Muzik video rasmi Ku Bersuara juga boleh ditonton disaluran Youtube Rocketfuel Network.

 
Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!