Kritik ELLIE SURIATY… “Kenapa saya perlu takut?  Apa yang saya cakap adalah betul” – ISA KHAN

Tindakan aktres Ellie Suriaty melaungkan slogan ‘hidup Melayu’ sewaktu berada di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada Rabu lalu (4 Julai 2018) menimbulkan rasa tidak puas hati pelakon kacak Isa Khan.

Ellie melaungkan ‘hidup Melayu’ di luar mahkamah sewaktu  bersama-sama 50 penyokong  mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke mahkahmah untuk proses pendakwaan.

Isa Khan atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan,25, yang berdarah campuran Cina (ibu) dan Pakistan (arwah ayah) ini mengaku terasa hati dengan tindakan Ellie yang dianggapnya racist.

Baginya, di Malaysia ini mempunyai pelbagai kaum, sepatutnya  slogan itu ‘hidup Malaysia’ dan bukannya ‘hidup Melayu’ sahaja.

Kelantangan Isa Khan ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif di kalangan netizen.

Cerita Isa Khan, “Sebelum meluahkan rasa tidak puas hati saya di laman instagram, saya terlebih dahulu memikirkan kesannya nanti.

Isa Khan yang berdarah campuran Cina dan Pakistan ini terkesan dengan slogan ‘hidup Melayu’ yang dilaungkan oleh Ellie

“Saya tak kisah kritikan atau komen negatif. Iyalah… Kenapa saya perlu takut? Apa yang saya cakap adalah betul.

“Saya cukup terkesan dan agak terkilan dengan Ellie yang hanya nak perjuangkan ‘hidup Melayu’, bagaimana pula dengan saya dan bangsa lain? Adakah kami ni bukan sebahagian daripada rakyat negara ini?

“Saya memang bukan berdarah Melayu, tapi saya rakyat Malaysia. Apa yang berlaku kepada Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama dan bukannya ditanggung oleh kaum tertentu sahaja,” begitulah luahan kecewa Isa Khan ketika dihubungi URTV Online.

Ellie Suriaty dibawa keluar selepas membuat provokasi di mahkamah (Jalan Duta) ketika dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.

Berikut adalah sebahagian luahan Isa Khan terhadap Ellie di laman instagram miliknya @theisakhan.

“What do you mean hidup Melayu? Kita rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama. Ada India, Punjabi, Chinese, Iban Kadazan. Apa perasaan diaorang apabila you mention ‘hidup Melayu’.

“I’m sorry I’m big emotional because saya sendiri bukan Melayu. My mother is Chinese anda my late father is from Pakistan. Tapi saya membesar dan lahir di Malaysia sebagai rakyat Malaysia.

“Dan untuk Malaysia baharu, we don’t need attitude racist macam ni okey. I’ts ‘hidup Malaysia’ not ‘hidup Melayu’.

“So for Ellie Suriaty Omar, Im so sorry , I have no respect for  you anymore. So just please shut up.”

Apa-apa pun URTV doakan agar apa yang berlaku antara Isa Khan dan Ellie Suriaty ini dapat diselesaikan secara baik.

Doakan agar kita semua terus hidup aman dan damai di bawah kepimpinan Malaysia baru ini. Amin…


Deel Anjer
News Reporter
error: Content is protected !!