KRISTAL muncul dengan lagu dan vokalis baharu

Kumpulan rock popular Kristal kini muncul semula dengan single terbaharu berjudul CintaKu Kristal.

Majlis pelancaran lagu ciptaan Pak Long itu telah berlangsung di House Restaurant semalam.

Selain melancarkan single baharu, Kristal turut memperkenalkan vokalis terbaharu mereka iaitu Mohammad Fairuz Bin Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Kecik Ogie.

Selain Kecik, Kristal yang bernaung dibawah  Future Music Entertainment masih kekal dengan tiga ahli anggota asal iaitu Muhamad Rodi Baharuddin (Rodi) sebagai gitaris, Muhamad Ashraff Baharuddin (Acap) sebagai pemain dram, Muhammad Afifi Bin Nor Mohamed (Kechiq Afifi) di posisi bes.

Lagu Cintaku Kristal ciptaan Pak Long ini mengisahkan tentang rasa cinta terhadap individu yang di cintai dan yang pasti cinta yang kekal abadi cinta kepada yang maha Esa. 

CintaKu Kristal mengetengahkan genre slow rock di mana ia masih mengekalkan konsep lagu Kristal serta muzik yang lebih segar. 

Lagu ini mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk di siapkan bagi memastikan susunan muzik dan melodi masih kekal dan tidak lari dari konsep lagu Kristal yang terdahulu.

Lirik video Cintaku Kristal boleh ditonton disaluran Youtube FUTUREMUSIC ENTERTAINMENT.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!