Konsert ‘INTERNATIONAL WOMEN’S DAY WITH ZEE AVI AND NJWA’ ditangguh ke tarikh baharu

Atas faktor yang tidak dapat dielakkan, konsert ‘International Women’s Day Wirh Zee Avi And Njwa’ yang dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada 22 Mac 2019 terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu.

Menurut Farhan Aizat mewakili penganjur, Showlab Ventures, konsert tersebut terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Bagi pihak Showlab Ventures, kami dengan rendah hati ingin memaklumkan bahawa acara ‘International Women’s Day Wirh Zee Avi And Njwa’ terpaksa ditunda.

“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami. 

“Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya.

“Oleh itu, kami telah memilih tarikh baru iaitu pada 22 Jun 2019. Konsert ini akan berlangsung di lokasi dan masa yang sama. Diharap keputusan ini mendapat pemahaman dari peminat dan segala kesulitan amat dikesali.,” ujar Farhan Aizat selaku penganjur.

Pihak Showlab Ventures berasa kesal dan sedih dengan keputusan penangguhan yang terpaksa dipilih dan telah memilih tarikh 22 Jun 2019 sebagai tarikh terbaharu konsert yang mengabungkan dua nama penyanyi yang cukup unik ini.

Bertempat di lokasi yang sama, konsert tersebut akan bermula pukul 8.45 seperti dijadualkan.

Para pembeli tiket dan peminat Zee Avid an NJWA boleh mendapatkan infomasi lengkap dan selanjutnya di laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my atau Facebook: Showlab MY.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!