KONSERT DUO LEGENDA…Apa kata mereka?

Pada 19 Disember lalu, preview atau raptai penuh Konsert Dua Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh pihak media dan tetamu jemputan.

Dibawa oleh penaja utama Shapadu, konsert ini menyaksikan dua penyanyi hebat dengan vokal yang mantap memberikan persembahan yang cukup bertenaga.

Jangan  ketinggalan menonton konsert terbaik Istana Budaya untuk tahun 2018 ini. Layari www.ilassoticktes.com atau 03-21706333 dapatkan tiket dari harga RM150, RM258, RM358, RM458 dan ke atas VVIP RM1,000.

Bermula 20 hingga 21 Disember ini pementasan konsert itu berlangsung setiap malam ( pukul 8.30). Konsert turut mendapat naungan Perdana Menteri dan isteri untuk Malam Gala VVIP  pada 22 Disember ini. Istimewanya, malam itu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan bermain biola dan menyanyi bersama-sama M. Nasir dan Jamal Abdillah.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!