Konsert Amal Lagenda 80an MENGIMBAS MEMORI LALU

MELIHATKAN set pentas dengan lampu warna warninya  mengiringi persembahan artis-artis di pentas, penonton Dewan Panggung Sari Istana Budaya, bagai dibawa `melayang’ kembali ke era 80an.

Itulah yang pasti dirasakan oleh mereka yang pernah melalui zaman itu , seolah-olah menonton sebuah pementasan hiburan suatu dulu.

URTV yang hadir menonton latihan untuk konsert sebelum malam pementasannya  19 dan 20 April 2019, menganggap kerjasama  Istana Budaya dengan Persatuan Kebajikan Qasih Malaysia dan Kementerian Pelancongan  Seni dan Budaya sebagai berjaya.

Barisan artis Konsert Amal Lagenda 8oan ialah  Datuk Malek Ridzuan ( menyanyikan lagu popularnya Kelip Kelip Disangka Api /Cukup Sampai Di sini), Datuk Nassier Wahab ( Sekali Aku Jatuh Cinta/ Gadis Bermata Biru), Rohana Jalil ( Rayuanku/ Rintik Rintik Hujan) Ibnor Riza (Sudah Terluka Merindu Pula/ Mimpi Yang Tak Sudah) , Shidee,( Sayang Semuanya Sudah Terlambat/ Janganlah Menghancurkan) Siti Fairuz ( Usah Bertanya Lagi/ Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu) Norshila Amin ( Kad Ucapan , Da Di Du),, Kalthom Kader ( Ku Meragumu/ Ku Reda SendiriZamree ( Sendiri Kesepian/ Tugu Cinta), Salwa ( Cubit Cubit Sayang/ Satu Dua KauZur Eda ( Kelmarin/ Pelitaku), Razis Ismail ( Mawar Oh Mawarku, Kepulangan).

Yang pasti, kesemua artis menjayakan konsert ini menyaksikan kemampuan dan suara yang masih belum berkarat menyampaikan lagu-lagu berkualiti dan masih mala segar menjadi antara khazanah muzik tanah air yang terindah. Tahniah.

Malam pertama pengacara persembahan ialah pelakon dan pelawak Abon manakala malam kedua pula ialah Angelina Tan.

Artis undangan konsert ini yang membuka tirai malam pertama ialah  Sam Iskandar ( Bintang Sinaran Pasport Kegemilangan) Isma ( Akademi Fantasia),  Rizal Ahmad (Radio Klasik) dan  Seri ( Kilauan Emas). Artis 80an yang dibahagikan dalam segmen malam pertama dan kedua.

Konsert kedua-dua malam diiringi Orkestra Istana Budaya.

Dan hiburan  selingan Nada Budaya ( artis Istana Budaya) juga menampilkan persembahan sampingan menarik dengan lagu hindi popular 80an dari filem Qurbani juga lagu hits Indonesia  Berdiri Mak Bulu Romaku ( Herty Koes Endang), Hoore HooreAllahyarham Sudirman) dan Sinaran ( Sheila Majid).

Jualan tiket dengan harga serendah RM100, RM 150, RM250 hingga RM600 ( boleh dibeli di Istana Budaya atau 0194923312 Anis)

Diharapkan,  pada waktu akan datang usaha seumpama ini,memberi laluan artis-artis era terdahulu yang masih hebat diteruskan.

Pihak stesen TV sewajarnya mencontohi Istana Budaya dalam memartabatkan artis artis senior tanah air dengan mengelakkan `pilih kasih’ , memberi laluan kepada yang muda-muda sahaja.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!