Kisah Isteri Curang Dalam Lagu MALISSA Oleh WAN CROMOX

Penyanyi, pengarah dan produser Mohd Ridzuan Mat Hussin atau dikenali sebagai Wan Cromox muncul dengan lagu Malissa yang telah dirakam semula.

Lagu Malissa ciptaan Firdaus Masri itu pernah dirakam pada tahun 2016.

Cerita Wan Cromox, “Lagu ini sebenarnya adalah lagu lama yang dirakam semula di Bandung, Indonesia. Saya memilih untuk merakam semula lagu ini untuk memberi nafas baharu agar ia lebih segar didengar.

“Lagu Malissa mengisahkan tentang seorang isteri yang curang dan lari meninggalkan suami dan anaknya. Suami yang setia itu pasrah dengan apa yang terjadi dan menjaga anaknya sehingga hujung nyawa.

Tambah Wan Cromox, lagu ini akan dijadikan sebagai lagu tema untuk drama bersiri 26 episod terbaharu arahannya untuk siaran TV1.

“Muzik video lagu ini menampilkan pelakon dan pelawak, Gbob Raja Lawak telah pun dimuat naik di Youtube pada 11 Julai lalu. Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat baik dan muzik video ini telah ditonton lebih 14 ribu kali,” kata Wan Cromox.

Jom tonton muzik video Malissa oleh Wan Cromox ini.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!