Kini Anda Boleh Membeli Belah Barangan IKEA Secara Online Di Malaysia

Berita baik buat peminat produk pusat perabot terkemuka, IKEA. IKEA Malaysia kini menawarkan pembelian secara atas talian (online) untuk produk mereka. Pastinya berita ini dinanti-nantikan buat mereka yang tidak dapat pergi ke IKEA sendiri.

Untuk membeli barangan IKEA secara online, anda perlu mendaftar dilaman IKEA Malaysia. Kemudian pilih produk yang diingini mengikut kategori produk dan klik butang ‘Buy Online’ pada produk yang diingini dan produk yang dipilih akan memasuki ‘Cart’.

Klik pada ‘Cart’ dan klik butang ‘Check Out’ untuk proses pengesahan dan bayaran.

Setakat ini, pilihan pembayaran untuk pembelian secara atas talian hanya terhad kepada bayaran dengan menggunakan debit dan juga kredit kad yang mempunyai  VISA dan MASTERCARD sahaja.

Layari https://www.ikea.com/my/en/ untuk info lanjut

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!