KILAFAIRY berahsia

SEKEMBALINYA merakamkan single terbaharu  di Australia, minggu lalu, aktres berbibir seksi, Kilafairy, 25, berahsia tentang projek itu.

Sesudah bekerjasama dengan Bryan B dan DN Aku Ash untuk lagh Put The World In sebelum ini, Kila tak nafi teruja dengan lagu terbaharunya.

“Nanti saya akan kongsikan bila dah sampai masanya, buat waktu ini, kena diamkan dulu, apapun saya gembira dengan rakaman itu,”katanya menjawab pertanyaan URTV Online.

Kilafairy dibawah label Lion Music Group juga terus sibuk di lokasi. Drama terbaharu arahan Tam Suhaimi berjudul Miss Match.

Petang ini, Kilafairy anak bongsu penyanyi Rohana Jalil itu,  antara artis popular yang akan hadir memeriahkan final Gadis Panca MyBeauty 2018 di Dewan Besar  Utusan ,Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kilafairy yang berpotongan kerengga itu juga tercalon dalam senarai  artis pilihan Best Cover Panca Indera. 

Jangan lupa saksikan siaran langsung Gadis Panca My Beauty di MHETV.my dan Utusan Online.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!