Kesusahan ajar ANAS erti kesenangan

MEMBESAR serba kekurangan dengan adik-beradik yang ramai adalah pengalaman berharga buat dirinya.

Malah semua itu, menjadikan semangat dan azamnya lebih kuat tak jemu berusaha demi mencapai impian.

“Menjadi anak petani bukanlah kehidupan yang mudah lebih-lebih lagi ibu hanya seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya menunggu hasil titik peluh suami di kebun sayur untuk membesarkan anak-anak

“Tekad mengubah nasib keluarga, sudah ada di hati, sedari dulu,”pengakuan ahli perniagaan fesyen dan kosmetikm Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, yang pernah pusing kampung menjual hasil tanaman sayuran.

Memikirkan detik lalu dan saat menubuhkan syarikatnya untuk koleksi solekan jenama ANAS Cosmetics, hatinya sebak.

“Darah berniaga memang dah diterap daripada kecil. Bapa ajar jangan malu cari duit sendiri. Dulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata, bila dapat upah kerja. Jadilah, untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.

“Terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui lehidupan lalu buat saya mahu ubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Kerana bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman, mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,” katanya.

Anak keenam dalam sembilan orang adik beradik ini mempunyai Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya Sarjana Muda Pengajian Pemasaran di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan pernah menjalani kursus pendek bidang fesyen di London Fashion School selama tiga bulan sekitar 2013, dengan perbelanjaan sendiri.

UPAH

PANDAI cari duit. Ketika masih di kampus UiTM, Anas yang popular dengan nama Annas Easkey mengambil upah sebagai juru gambar untuk rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi.

“Pada peringkat awal, bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya cari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.

“Tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,” katanya.

SOLEKAN

GEMAR dengan dengan dunia kecantikan beliau akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017

Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, saya mahu jenama kosmetik ini melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain

“Keunikan ANAS Cosmetics adalah harganya yang mampu milik dan rupa serta kualitinya setanding produk antarabangsa

“Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” ceritanya.

Hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila ANAS Cosmetics mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya

“Kami beruntung kerana jenama ANAS Cosmetics diletakkan sebaris dengan jenama premium yang lain. Dan dalam tempoh dua bulan selepas kerjasama ini, produk Anas diletakkan di 33 outlet SaSa seluruh Malaysia,” katanya.

ANAS Cosmetics menawarkan lima jenis produk kecantikan termasuk gincu, pembayang mata dan maskara.

April ini, ANAS Cosmetics akan melebarkan rangkaian produknya kepada lebih 20 jenis termasuk penutup cela, pemerah pipi, bedak asas. Selain SaSa, produk ANAS Cosmetics juga boleh didapati di FashionValet dengan harga sekitar RM29 hingga RM89

HUTANG

UJIAN pastinya ada sebelum berdepan kejayaan. Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta, tak mahu mengalah dengan dugaan.

“Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini,” kata pengusaha jenama fesyen ASHH&ANNAS

Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau

“Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi

ANAS Cosmetics dijual di 280 outlet SaSa seluruh dunia termasuk di Taiwan dan Korea serta mampu menembusi pasaran Asia Barat serta Indonesia dalam tempoh lima tahun dari sekarang

“Dengan meluaskan pasaran dan penambahan jumlah produk, kita jangka pendapatan syarikat akan meningkat 10 kali ganda daripada nilai jualan semasa,” katanya.

Beliau juga berharap, jenama ANAS Cosmetics mampu menjadi jenama pilihan dan wajib ada di ‘setiap rumah’ sebaris dengan jenama antarabangsa satu masa nanti.

BIO
Umur: 31 tahun
Adik beradik: 6 daripada 9 adik beradik
Asal: Tanjung Sedili, Kota Tinggi
Kelayakan akademik: Diploma Pengajian Perniagaan UiTM Jengka Pahang,
Sarjana Muda Pentadbiran Pemasaran UiTM Segamat
Short Course at Leight Keily (Photographer at London Fashion School)
Website: anasism.com
Instagram: @anasism

Ruang komen
Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!