Kena perli kerana artis, Mizan `pekakkan’ telinga

Foto: Rohaida Zulkifli

Lokasi: Citizen M Hotel, Kuala Lumpur

“BIASALAH …ada yang memberi sokongan dan semangat. Ada juga yang suka perli-perli atau  menyindir. Tapi cara  saya senang sahaja,  `pekak’ kan telinga.

“ Kalau orang nak mengata?  Biarlah. Kalau dengar cakap-cakap negatif  mulut orang, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Saya  mendoakan yang baik-baik saja untuk mereka baik yang setuju atau tidak dengan  keputusan mahu bekerja sebagai pelakon,” cerita pendatang baharu dunia lakonan,  Mizan Yusri, 21,  finalis Mr Planet 2019 .

Tambah pemuda memiliki bentuk bibir yang seksi ini,“Asalkan saya  tahu apa yang ingin saya lakukan ini ada kebaikannya, demi masa depan.

“ Insya Allah, besar harapan impian sebagai anak wayang menjadi kenyataan.”

Legenda Datuk Jackie Chan dan  aktor tersohor Donnie Yen bintang dari Hong Kong yang terkenal dengan filem –filem aksi menjadi  idolanya. Selain itu, si cantik Hanna Delisha dari Singapura juga cukup diminati.

“Saya mahu mencuba pelbagai watak,  baik atau jahat. Yang penting apabila apabila ada peluang untuk melakukannya saya akan buktikan kemampuan.

“Dari semasa ke semasa, saya mendalami  ilmu lakonan  kerana  kehadiran dalam dunia hiburan bukan sekadar mengejar glamor .

“Pengalaman mengikuti  kelas Muay Thai dan Martial Arts sebelum ini mungkin membantu saya berlakon dalam filem yang mempunyai babak pertarungan. Malah untuk babak-babak  lagak ngeri saya nak buat sendiri dengan mempelajari teknik tekniknya juga.

“Saya peminat tegar filem- filem aksi  yang terkenal dengan  lakonan Jackie Chan dan Donnie Yen,” kata Mizan yang meminati a naskhah filem dan drama  dalam genre aksi.

“Bicara tentang pelakon perempuan  diminati, terus terang Hanna Delisha. ada tarikannya di mata saya. Jika berpeluang berlakon dengannya, pasti tak menolak, malah ini  antara angan-angan nak jadi  anak wayang,“ ujar lelaki berbadan sasa ini.

Ingin beraksi dalam filem filem pertarungan seperti yang pernah dilakonkan bintang idolanya Datuk Jackie Chan

LUAR DALAM

DIUSIK  adakah gadis secantik Hanna Delisha memiliki ciri-ciri gadis idaman?

“Dia cantik. Tapi tidaklah  menjadi pelakon kerana  mahu mendampinginya. Sekadar pengalaman bekerja, tak salahkan?. Kalau ditakdirkan mendapat kekasih secantik dia, itu `bonus’.

“ Pun begitu, saya tak mahu mengutamakan rupa seseorang sahaja. Pernah bercinta dan dikecewakan dan tidak mengulangi kesilapan.

“Sama seperti sesiapa pun di sekeliling kita, selain luaran yang dalam iaitu  hati ,saling mempercayai dan setia adalah penting” akui anak ketiga daripada  lima orang adik-beradik ini.

LABUR

Selain dunia seni, Mizan juga membayangkan suatu hari nanti  dapat bergelar ahli perniagaan.

“Ada juga cita-cita nak mengusahakan produk pakaian. Dari dulu minat dalam bisnes. Pendapatan  dalam dunia lakonan, boleh dilaburkan dalam perniagaan.

“Bermula kecil kecilan dulu. Pun begitu, kena berhati-hati sebab dulu pernah melabur nak berniaga tapi dikecewakan,” katanya.

Mizan juga berharap rezeki mendatang dapat dikongsi dengan kedua orang tua dan keluarga.

“Jika saya berjaya dan mempunyai pendapatan kukuh, saya mahu membeli rumah untuk famili,” katanya.

Baguslah begitu.  Bertambah-tambah rezeki kalau tak lupa kedua-dua orang tua yang membesarkan.

Semoga  Mizan Yusri yang memiliki ketinggian 175 cm dengan berat 65 kg ini, berjaya  menjadi bintang pelapis yang sukses.

Ruang komen

Please enter banners and links.

Huzz
News Reporter
error: Content is protected !!