KEMPEN SETULUS IKHLAS semai sifat ikhlas sempena Ramadan ini

Bagi tahun 2019, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Samsung bekerjasama mempersembahkan ‘Setulus Ikhlas’ yang diaktifkan oleh 100PLUS sebagai tema baharu bagi kempen Ramadan Raya tahun ini.

Kempen ‘Setulus Ikhlas’ dipilih sebagai tema tahun ini bagi menyemai sifat ikhlas iaitu berbuat sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan lebih-lebih lagi dalam beribadah, pekerjaan dan juga perhubungan sesama manusia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,  Johan Ishak, kempen Ramadan Raya merupakan kempen terbesar bagi Rangkaian Televisyen Media Prima.

“Pemilihan Setulus Ikhlas sebagai tema adalah tepat dalam konteks kehidupan masyarakat kini yang sering lupa untuk meletakkan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab atau kehidupan mereka.

“Mesej ini disampaikan secara menyeluruh menerusi program-program terbaik yang bakal kami sajikan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal nanti. MPTN juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Samsung, 100PLUS dan semua penaja program-program yang memeriahkan kempen Ramadan Raya.

“Selain itu, acara padang seperti Check-in Kampung dan juga Grand Bazar Ramadan Raya  dengan kolaborasi bersama Build Up Resources Sdn Bhd (BUR) juga merupakan satu inisiatif MPTN untuk merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat terutamanya penonton setia MPTN. Bukan itu sahaja, tahun ini MPTN turut bekerjasama dengan Central i-City Shah Alam dengan memperluaskan lagi tema dan konsep Setulus Ikhlas,” kata Johan.

Sempena kempen Setulus Ikhlas, pelbagai program Ramadan dan juga Raya akan menemui penonton. Antaranya ialah program signature Raudhah, bual bicara dan gaya hidup seperti Jejak Rasul Ulul Azmi, Jom Berbuka, Sembang Sahur dan banyak lagi.

Manakala bagi drama bersiri menarik menerusi slot Akasia, Iris, Lestary, Samarinda dan telefilem istimewa Ramadan Raya juga bakal dibarisi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Nad Zainal, Zara Zya, Alif Satar, Janna Nick, Shukri Yahaya, Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Saharul Ridzwan dan ramai lagi pasti tidak akan mengecewakan para penonton.

Selain tema dan program-program menarik, pihak MPTN juga memperkenalkan wajah penghias kempen Ramadan Raya di MPTN.  Tahun ini,  mewakili kempen Setulus Ikhlas, Aeril Zafrel, Syafiq Kyle, Wawa Zainal, Zara Zya, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Mimi Lana, Mira Filzah dan Hairul Azreen bakal menggalas tugas sebagai duta kempen ini.

Antara duta kempen Setulus Ikhlas, (dari kiri) Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Nabila Razali, Zara Zya, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli.

Mereka bakal memainkan peranan penting sebagai wajah kempen Setulus Ikhlas di kaca TV, laman media sosial, papan iklan dan pesanan khidmat masyarakat di MPTN dan juga acara padang yang bakal berlangsung sepanjang kempen ini.

Tidak lengkap kempen tanpa acara padang yang menjadi signature setiap kali tibanya Ramadan. Pada tahun ini, MPTN tampil dengan dua acara padang itu Grand Bazar Ramadan Raya dan Check-in Kampung. Tujuan dua acara padang ini diadakan bukan sekadar untuk mempromosikan program-program di MPTN, malah program sebegini memberi peluang untuk MPTN  merasa lebih dekat lagi dengan penonton dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan MPTN dan masyarakat.

GRAND BAZAR RAMADAN RAYA

Bagi musim perayaan Ramadan dan Raya, MPTN dengan kolaborasi Build Up Resources Sdn Bhd (BUR) bekerjasama untuk menganjurkan Grand Bazar Ramadan Raya (GBRR) terbesar di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam mulai 4 Mei hingga 2 Jun manakala di Stadium Bukit Jalil akan bermula pada 16 Mei hingga 5 Jun. Bazar ini  akan dimeriahkan dengan 436 unit booth di Bukit Jalil dan 134 unit booth di Shah Alam yang akan beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari bekerja dan 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum. Menariknya, Grand Bazar Ramadan Raya ini juga mensasarkan catatan lemang terpanjang dalam The Malaysia Book Of Records. Hasil jualan lemang tersebut akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3. Tarikan lain  termasuklah program amal seperti ‘Acara Solat Berjemaah dengan Tahfiz’ dan ‘Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim’ dan juga sesi ramah mesra bersama barisan selebriti MPTN.

CHECK-IN KAMPUNG!

Bersesuaian dengan tema kempen, Setulus Ikhlas ingin mendekati penonton setia secara menyeluruh, tidak hanya di bandar-bandar, masyarakat di kampung juga tidak dilupakan. Setulus Ikhlas juga ingin menggalakkan orang ramai untuk pulang ke kampung untuk merapatkan silaturrahim dan menjalin ukhwah yang lebih erat lagi di musim perayaan ini. Program Check-in Kampung akan berada di dua lokasi iaitu di Sungai Besar pada 19 Mei dan di Mukim Kesang, Tangkak pada 24 & 25 Mei 2019. Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah sesi gotong royong untuk berbuka puasa, moreh, ziarah sahur, solat terawikh, rakaman Tanyalah Ustaz, jualan makanan (food truck), sesi ramah mesra dengan artis Ramadan Raya MPTN dan tanggungjawab sosial korporat & khidmat masyarakat (CSR).

CHECK-IN KAMPUNG BERSAMA SKUAD-A

Samsung bakal menawan golongan remaja sepanjang Ramadan Raya menerusi Skuad-A iaitu Nabila Razali, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli untuk menceriakan kawasan awam dan menjadikannya tempat yang boleh dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan pada musim perayaan ini. Nantikan aktiviti menarik ini di bulan Mei di Melaka dan Kedah dengan mengikuti Skuad-A.

SERATUS IKHLAS, SETULUS 100PLUS

Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, 100PLUS berkolaborasi dengan MPTN memperkenalkan kempen terbaharu ‘Seratus Ikhlas; Setulus 100PLUS’. Menerusi kempen ini, 100PLUS turut mengaktifkan Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Mira Filzah dan Hairul Azreen selaku duta, Syafiq Kyle, Andi Bernadee dan Sarah Suhairi. Skuad Seratus Ikhlas dan Sembang Sahur TV3 akan ke lokasi terpilih seperti Maahad Tahfiz Sungai Buloh, Balai Bomba Melaka dan rumah keluarga Bersamamu bagi aktiviti singgah sahur.

Selain itu, Skuad Seratus Ikhlas juga akan melakukan aktiviti sumbangan dan ibadah di Kuantan (15 Mei), Sekinchan (19 Mei), Bangi (21 Mei), Kuala Lumpur (22 Mei) dan turut menyertai Tangkak, Johor (24 & 25 Mei). Menerusi kempen ini, pihak 100PLUS berharap dapat berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal aktif untuk melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini.  #AktifkanRamadanmu #SeratusIkhlas.

IKLAN HARI RAYA RANGKAIAN TELEVISYEN MEDIA PRIMA 2019

Sebagai peneraju rangkaian televisyen di Malaysia, Kempen Setulus Ikhlas kali ini hadir dengan iklan hari raya dimana ia mengisahkan hubungan keikhlasan sesama penduduk di sebuah kampung. Nantikan kemunculan iklan hari raya kami di kaca TV dan laman sosial TV3 Malaysia pada minggu ketiga Ramadan ini.

LAMAN DIGITAL DAN MEDIA SOSIAL SETULUS IKHLAS

Kempen Ramadan Raya ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan orang ramai dengan aktiviti media sosial. Selain merapatkan hubungan sesama keluarga, penonton digalakkan mengambil gambar-gambar pemandangan yang indah di kampung dan memuat naik di laman media sosial beserta #CheckInKampung. Bagi memperluaskan lagi #SetulusIkhlas, orang ramai dijemput untuk berkongsikan kisah benar yang mempunyai mesej keikhlasan dengan memuat naik gambar atau video di laman media sosial bersertakan #SetulusIkhlas dari 17 April sehingga 25 Mei. Kisah ikhlas yang paling menarik akan menerima RM300 pada setiap minggu. Selain itu, kami juga turut memaparkan video “perbualan dan pengakuan ikhlas” bersama kanak-kanak yang berumur 5 hingga 7 tahun. Nantikan video ini di laman sosial TV3 Malaysia di pertengahan Ramadan nanti.

KOLABORASI ANTARA MPTN DAN CENTRAL I-CITY SHAH ALAM

Bagi menyemarakkan lagi Kempen Setulus Ikhlas, MPTN juga akan berkolaborasi bersama pusat beli-belah terkini di Shah Alam iaitu Central i-City. Pusat beli belah Central i-City akan dihiasi dengan tema dan warna Kempen Setulus Ikhlas sepanjang bulan Ramadan dan Raya.

PORTAL SETULUS IKHLAS

Sepanjang Ramadan & Raya tahun ini, berhibur dengan program drama dan rancangan menarik TV secara atas talian menerusi portal video tonton di www.tonton.com.my. Manakala portal hiburan dan gaya hidup Xtra (www.xtra.com.my) membawakan laman mikro istimewa #SetulusIkhlas di www.xtra.com.my/setulusikhlas. Ketahui program TV menarik, aktiviti terkini serta perkembangan hiburan semasa sepanjang Ramadan & Syawal, selain peluang interaksi bersama artis popular di lokasi terpilih seluruh negara. Xtra turut berkolaborasi bersama MPLabs menerusi aplikasi Raudhah membawakan waktu solat, berbuka puasa, doa harian, tazkirah serta e-khutbah eksklusif untuk tatapan pembaca bermula 1 Ramadan (6 Mei 2019).

CJ WOW SHOP

Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, CJ WOW SHOP melancarkan kempen BERKAT RAMADAN mulai 21 April ini. Dengan tema ‘Raikan Ramadan, Bulan Kemuliaan’, platform beli-belah inovatif dari rumah ini menjemput penonton supaya mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan, mendorong mereka untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Dengan kelengkapan yang memenuhi keperluan pengguna pada bulan yang mulia ini, penonton boleh menyempurnakan persiapan Ramadan mereka, sama ada untuk menyediakan juadah berbuka buat sanak saudara ataupun beribadah bersama-sama. Mereka juga boleh menerima baucar RM10 KFC bagi setiap pembelian untuk menambahkan peluang mereka berkongsi detik indah bersama keluarga. Para penonton boleh mendapatkan perkakas dan kelengkapan Ramadan menerusi telefon di 1800 18 0808 atau layari www.cjwowshop.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP di google play store dan apple store.

Ruang komen

Please enter banners and links.

URTV
News Reporter
error: Content is protected !!