Kekal cergas selamanya

KECEDERAAN lutut gara-gara menjalani aktiviti beriadah secara ekstrem menjadi permulaan minat dalam bidang kecergasan. Tidak semena-mena dia menderita kesakitan di rumah dalam tempoh enam bulan lamanya.

Itulah padahnya jika mengikut aktiviti kecergasan tanpa mengambil kira ciri-ciri keselamatan. Tanpa ilmu dan teknik yang betul, individu berpotensi berdepan dengan kemalangan yang tidak diduga.

Jika terjadi kecederaan, yang sakit menanggung keperitan empunya badan itu sendiri. Kejadian perit pada 2013 itu terjadi kepada ATP Fitness Instructor, Evanoza Zakaria atau Zin Eva.

Evanoza Zakaria (Zin Eva)

“Banyak nikmat kesihatan ditarik balik ketika menderita sakit lutut. Untuk orang yang aktif, saya amat terganggu. Tak pasal-pasal boleh bebas bergerak tiba-tiba bergantung kepada tongkat pula.

“Hilang keupayaan untuk melakukan aktiviti rutin walaupun perkara itu mudah, kena menyusahkan orang lain pula, semua itu bukan mudah untuk ‘dihadam’,” katanya sambil mengimbas cerita enam tahun lalu.

Selepas menjalani sesi fisioterapi secara intensif, anak kelahiran Johor ini nekad untuk mendalami ilmu kecergasan.

Zumba menjadi pilihannya kerana aktiviti itu lebih dekat dengan dirinya.

Impiannya semakin menjadi kenyataan apabila berjaya memperoleh sijil daripada Zumba.com yang berpangkalan di ibu kota. Sejak itu, langkahnya semakin panjang untuk berkongsi ilmu kecergasan kepada orang ramai.

Bersama rakan Zin sewaktu menyertai aktiviti kecergasan.

“Kini saya mempunyai dua cawangan studio kecergasan yang terletak di Kota Laksamana dan Batu Berendam, Melaka iaitu Muscle House Fitness dan Triz Studio sejak tahun lepas.

“Setiap kelas yang dianjurkan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Semuanya mementingkan ciri-ciri keselamatan sepanjang aktiviti mengeluarkan peluh,” katanya lagi.

Program kecergasan AE Fitness Dance di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Ogos antara aktiviti yang berjaya dianjurkan.

Zin Eva juga bakal terlibat dalam penganjuran Zumba Fitness membabitkan dua Zin dari Filipina, Zin Kramer dan Zin Ryan pada 5 Januari tahun depan. Program itu berlangsung di Segar Royal Garden, Cheras, Kuala Lumpur.

Pilihan AGAPE

Wanita ini bakal terlibat dalam Zumba Fitness membabitkan dua Zin berasal dari Filipina pada tahun depan.

BERTUAH anak kelahiran Johor ini kerana menjadi pilihan syarikat rangkaian pemasaran AGAPE Superior Living (AGAPE) dalam usaha untuk mempromosikan gaya hidup sihat.

Zin Eva akan bersamasama pihak AGAPE dalam penganjuran program selepas ini. Senaman Zumba adalah aktiviti paling diminati ramai pada ketika ini.

Menggabungkan 40 peratus elemen kecergasan, 30 peratus tarian dan 30 peratus pergerakan aerobik, itu yang membuatkan ramai orang terus meminati aktiviti yang menggunakan sepenuh tenaga ini,

“Jika senaman ini dilakukan dengan sebaik-baiknya selama sejam, ia boleh membakar sebanyak 1,000 kalori. Manfaatnya, kita akan kekal cergas selama-lamanya,” katanya lagi.

Ruang komen
URTV
News Reporter