Kehilangan Sultan yang berjiwa rakyat – Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut berdukacita dengan kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah, di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 8.50 pagi tadi.

Katanya, sebagai anak Pahang, ia berita yang cukup menyedihkan buat seluruh rakyat negeri itu .

“Almarhum seorang Sultan yang terkenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.

“Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampal bila-bila,” kata Siti.

Justeru, Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Diraja Pahang. – MHE TV

Ruang komen

Please enter banners and links.

Avatar
News Reporter
error: Content is protected !!