Kehangatan Showcase SOFAZR JANJIKU 15

Hebat! Itulah yang dapat digambarkan tentang showcase Sofazr Janjiku 15 yang telah berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 25 November 2018 lalu.

Showcase yang dihadiri hampir 250 penonton itu menyaksikan ‘comeback’ yang cukup mantap oleh Sofazr dalam industri muzik tanah air yang lama di tunggu-tunggu oleh peminat.

Pada malam showcase tersebut, Sofazr turut menyanyikan single terbaru mereka yang berjudul ‘Takkan Mungkin” ciptaan One S.B, Syah Sofaz dan Fairuz Sofaz, lirik pula oleh One S.B. Sebuah lagu yang sudah pasti apabila di dengar menggamit semula kenangan lalu lagu-lagu Sofazr.

Sebanyak 15 buah lagu Sofazr disajikan antaranya lagu hits mereka Janjiku, Dan Bila Esok , Peristiwa, Cinta, Salahku, Kepantasanku dan banyak lagi. 

Persembahan pembukaan dari Amir Masdi dan Threehill juga cukup mantap dan sangat bertenaga.

Tidak habis disitu, Showcase Sofazr ini di rancakkan lagi dengan artis undangan yang turut hadir antarnya, Tomok, Zahid AF, Akim Ahmad, Zul 2 by 2, Anas Ridzuan, dan ramai lagi.

Persembahan secara spontan dari Akim Ahmad dan Tomok untuk menyanyikan lagu Sejati dari Wings telah memanaskan lagi pentas Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan gabungan suara mereka yang lunak dan merdu dan turut mendapat sing a long daripada peminat yang hadir.

Hanya mengambil masa satu bulan untuk persedian showcase ini, ternyata ia sangat memuaskan dan mereka telah memberikan persembahan yang begitu bertenaga sekali.

Ruang komen
URTV
News Reporter
error: Content is protected !!