AZLAN TYEWRITER terjejas?

Kegagalan tidak membuatkan penyanyi Azlan & The Typewriter mengalah malah menjadkan beliau lebih kuat untuk meneruskan kehidupan.

Menjadikan kegagalan sebagai sumber inspirasi, Azlan atau nama sebenar Nor Azlan Roslee muncul dengan single solo baharu berjudul Kukuh ciptaannya sendiri dan lirik oleh Mars serta mendapat bantuan susunan muzik oleh komposer, Manusia Putih.

Bercerita tentang lagu berentak ballada ini, Azlan memberitahu lagu tersebut adalah lagu kebangkitan setelah menghadapi kegagalan.

“Lagu ini adalah lagu kebangkitan setelah menghadapi kegagalan. Sama ada bangkit daripada gagal bercinta, berniaga, kehidupan dan macam-macam lagi.

“Bagi saya kegagalan yang saya alami dalam kehidupan banyak membantu menyempurnakan karya ini. Bukan sahaja pengalaman malah kegagalan itu turut membantu saya mencari semangat dalam diri untuk bangkit,” cerita Azlan yang sudah 18 tahun dalam industri.

Bercerita lanjut, Azlan memberitahu proses untuk menyiapkan lagu ini memakan masa agak lama kerana melibatkan banyak pihak.

“Melodi lagu ini sebenarnya sudah lama ada. Cuma tahun lalu baru ada kesempatan untuk merakamkan lagu Kukuh.

“Rakaman mengambil masa lima hingga enam bulan kerana disiapkan dengan penuh teliti. Saya menggunakan pemuzik profesional dan juga khidmat orang lain untuk melembutkan mood lagu ini.

“Saya menggunakan khidmat Manusia Putih dalam susunan muzik untuk lembutkan karya saya. Muzik ini adalah satu eksperimentasi dan bila kita tak suka kita memerlukan bantuan orang lain.

“Selepas itu lagu ini dibawa ke Indonesia untuk memasukkan muzik live orkestra. Manakala proses ‘mixing’ disini dan ‘mastering’ pula dilakukan di Amerika Syarikat.

“Saya harap lagu ini akan diterima oleh peminat dan mereka dapat mendalami karya terbaru saya ini,” ujar Azlan.

FOTO: Syefri Moniz

Jom tonton lirik video lagu Kukuh nyanyian Azlan ini!

Ruang komen

Please enter banners and links.

Tajul Ariffin
News Reporter
error: Content is protected !!